Thursday, November 14, 2024
HomeNews"Menyelerakan & Sedap" - Menu Ala Hotel Di Chep's Chicken Chop Ini...

“Menyelerakan & Sedap” – Menu Ala Hotel Di Chep’s Chicken Chop Ini Pasti Buat Anda Terliur

Chicken chop adalah juadah yang berasal dari barat dan ianya juga telah diubah suai dari generasi ke generasi mengikut citarasa orang kita

Hari ini, masyarakat perlu mengakui hidangan chicken chop semakin mendapat tempat dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Restoran yang menjual chicken chop ini pula ada di mana sahaja ketika ini tetapi untuk mendapatkan chicken chop yang benar-benar sedap itu sebenarnya agak sukar.

Kini, anda tak perlu risau lagi, terdapat sebuah restoran yang pastinya akan memenuhi citarasa penggemar chicken chop yang terletak pinggir bandar iaitu di Plaza Jelutong, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Uniknya restoran yang diberi nama Chep’s Chicken Chop ini ialah lokasi dan pemandangannya yang berbukit dan menghijau jika anda memandang ke luar dari dalam restoran.

Image via @chepchickenchop (Instagram)

Image via @chepchickenchop (Instagram)

Lebih 30 menu boleh dipesan oleh pelanggan mengikut cita rasa masing-masing

Menurut pemiliknya, Zainuddin Abu Hassan yang merupakan seorang chef dengan pengalaman di hotel dan mengendalikan dapur selama lebih dua dekad pastinya tahu apa yang terbaik buat pelanggannya.

Walaupun dibuka ketika waktu pandemik pada bulan Ogos tahun lalu, ianya memang satu cabaran buat dirinya dan isteri, Nurbaiti Mohd Zin.

Namun, ianya bukan batu penghalang buat diri mereka dalam memberikan servis yang terbaik kepada para pelanggan yang datang bila mereka menikmati makanan yang disajikan.

Antara menu signatur yang ditawarkannya adalah Chep’s Chicken Chop, Salted Egg Chicken Chop, Meatbasher, Monte Cresto Sandwich dan banyak lagi dengan lebih 30 hidangan mengikut cita rasa masing-masing.

Chep’s Chicken Chop.
Image via SAYS Seismik

Salted Egg Chicken Chop.
Image via SAYS Seismik

Meatbasher.
Image via SAYS Seismik

Monte Cresto Sandwich.
Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments