Umum sedia maklum, kumpulan pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech telah selamat tiba di Malaysia baru-baru ini dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menjadi menerima suntikan vaksin itu
Tapi tahukah anda siapakah individu yang mencipta vaksin Pfizer-BioNTech ini sehingga memberikan manfaat kepada manusia di seluruh dunia.
Menurut sumber, pencipta kepada vaksin ini merupakan pasangan suami isteri Muslim dan mereka berdua ialah Dr Ugur Sahin, 55, dan Dr Ozlem Turci, 53.
Vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin, seorang pakar onkologi dengan PhD dalam bidang ‘oncology chemotherapy’.
Dr Sahin beragama Islam dan berasal dari Turki dan berhijrah ke Jerman dan menamatkan semua pengajian universiti di sana.
Dia berkahwin dengan isterinya di Jerman, Dr Ozlem Turci, juga seorang Islam berketurunan Turki.
Vaksin Bukan Konspirasi Yahudi. Pengasas Vaksin Pfizer Pun Orang Islam (Dr Ugur Sahin & Dr Ozlem Tureci)Tahukah anda, vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin, seorang pakar onkologi dengan PhD dalam bidang ‘oncology chemotherapy’. pic.twitter.com/CS1RzCIzF9
— alzamani idrose (@dralza) February 25, 2021
Vaksin Pfizer-BioNTech adalah antara yang mendapat permintaan paling tinggi di dunia, mendahului vaksin-vaksin yang dihasilkan oleh China dan Rusia
Syarikat mereka memberi perhatian khusus kepada pemerkasaan dan pemulihan imuniti ke atas pesakit barah dan penyakit berjangkit.Mereka mempunyai 1,800 pekerja dan telah menjalankan pelbagai jenis penemuan dalam rawatan imuniti manusia.
Kelebihan kepakaran bidang ini telah membawa fahaman yang mendalam berkenaan imuniti manusia, benteng utama dan penentu kemampuan melawan virus dan penyakit di dalam badan.
Pfizer telah membuat pelaburan besar ke dalam syarikat BioNTech, termasuk kemudahan ujikaji dan pengkomersilan.
Vaksin Pfizer yang menggunakan teknologi mRNA adalah bebas khinzir dan hasil dari penyelidikan syarikat BioNTech milik beliau dan Pfizer. Pada asalnya, syarikat ini menumpukan kajian imunoloterapi dalam pesakit kanser
— alzamani idrose (@dralza) February 25, 2021
Image via BBC
Mereka merupakan pasangan saintis berjaya dan berstatus bilionaire sebelum virus Covid-19 muncul lagi
Pasangan suami isteri ini adalah antara individu terkaya di Jerman dengan nilai aset melebii RM20 billion. Walaupun kedua mereka adalah bilionair, mereka tidak memiliki kereta dan mengayuh basikal ke makmal tempat kerja.
Menariknya, vaksin juga mula dipopularkan oleh doktor-doktor Islam di Turki semasa zaman empayar Otoman sebelum amalan itu ditiru di British. Tentu orang-orang Turki menghargai pencapaian beliau dan sumbangannya dalam perubatan memberikan kesan yang besar impaknya di seluruh dunia.
Kini, pencapaian mereka menjadi kebanggaan penduduk Jerman yang menganggap penemuan mereka satu kejayaan besar buat negara Eropah itu.
Image via InfoMigrants
Sebenarnya, kisah menakut-nakutkan orang bagi kesan buruk vaksin atau teori konspirasi adalah tidak berasas. Begitu juga kononnya ada ‘cip’ yang diletakkan untuk ‘mengesan manusia’ hanyalah cerita karut yang disalut gula dan garam.
— alzamani idrose (@dralza) February 25, 2021
Hakikatnya vaksin adalah usaha keras melalui kaedah saintifik yakni menurut hukum alam dan tentunya usaha sebegini mendapat pahala yang besar dari Allah swt.
— alzamani idrose (@dralza) February 25, 2021
Semoga bermanfaat dan menjawab segala persoalan kekeliruan yang berlegar ketika ini mengenai isu vaksin 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!