Siapa saja yang tak excited kan bila nak keluar berjalan, lebih-lebih lagi bagi orang perempuan
Walaupun kita berada dalam keadaan yang gembira kerana ingin keluar, harus diingatkan juga agar memastikan barangan seperti dompet atau kunci kereta dibawa.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita terkunci di celah pintu rumahnya kerana tertinggal kunci di dalam.
Lihat video penuh itu di bawah:
@w4w4zu4
Terlupa kunci tertinggal dalam rumah, terpaksa panggil suami datang bantu
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu baru saja menutup pintu rumahnya sebelum ingin membuka pagar di depan.
Namun, dia tiba-tiba akhirnya menyedari bahawa kunci rumahnya itu tertinggal di dalam. Apa yang lebih malang, wanita itu sekali gus terperangkap di antara pintu rumah dan pagar.
Selepas hampir satu jam terperangkap, wanita berkenaan akhirnya menghubungi suaminya supaya datang membantu. Si suami tergelak apabila melihat si isteri yang terpaksa berpanas dan duduk di celah pintu itu. Dia malah sempat bergurau dengan wanita itu untuk berusaha membuka pintu.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
@w4w4zu4 Reply to @kusyaz910619
“Nasib baik lah handphone ada, kalau takda handphone lagi lama dia duduk dalam tu” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama kerana terperangkap akibat tertinggal kunci.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 7,828 likes, 146 comments dan 35 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Adoi, tak pasal-pasal kena berpanas kat situ ya. Lain kali kena beringat 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!