Friday, September 20, 2024
HomeNewsDifitnah Netizen Tak Habis 'Hafal' Al-Quran, #ProtectUstazKazimElias Sohor Kini Di Twitter

Difitnah Netizen Tak Habis ‘Hafal’ Al-Quran, #ProtectUstazKazimElias Sohor Kini Di Twitter

Belum lagi reda isu Janna Nick didakwa menyamakan nama ahli BLACKPINK iaitu Lisa Manoban dengan ‘Lisa Blackpig’

Timbul pula isu terbaru hari ini, apabila segelintir netizen mendakwa Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) kononnya seorang Al-Hafiz tapi tidak pernah mendengar beliau berhujah dengan ayat Al-Quran.

Komen screenshot itu juga dimuat naik sendiri oleh DUKE di laman Facebook rasminya Ahad lalu.

Menerusi posting itu lagi, netizen berkenaan turut mendakwa DUKE memulakan kuliah dengan baca sepotong ayat Al-Quran atau hadls selepas itu beliau akan merepek sehingga habis. 

Berikut di bawah adalah posting penuh komen jelik yang dimuat naik oleh DUKE itu:

Image via Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias (Facebook)

Dalam pada itu, tinjauan di Twitter screenshot yang dimuat naik DUKE tersebut trending (sohor kini) di platform berkenaan

Dengan hashtag (tanda pagar) #protectustazkazimelias itu mendapat lebih 13K ciapan ketika artikel ini ditulis, malah ianya menjadi sohor kini nombor satu di Twitter.

Rata-rata netizen yang memulakan tanda pagar itu berpendapat, DUKE tidak sepatutnya mendapat komen tuduhan dan kecaman seperti itu.

Dalam pada itu, mereka juga mengajak rakyat Malaysia yang lain supaya menunjukkan sokongan kepada DUKE dan turut meninggalkan kata-kata positif buat dirinya.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen mengenai isu itu:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments