Setiap hari pasti ada saja video atau perkongsian viral yang dikongsikan di media sosial
Lebih-lebih lagi dengan pelbagai trend terbaru yang menjadi ikutan tidak kira bagi golongan muda mahu pun yang tua.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter apabila seorang lelaki dicabar untuk menyebut perkataan 1 bas sehingga 10 bas telah membuatkan ramai terhibur.
Lihat video penuh itu di bawah:
Macam setan gak ek? pic.twitter.com/1ZA67Ay6Im
— Elmi (@ELMIELMO) February 18, 2021
Nampak macam senang nak sebut, rupanya susah sehingga tersasul banyak kali
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki telah dicabar oleh salah seorang followernya untuk mengikuti cabaran menyebut 1 bas sehingga 10 bas dengan nada yang laju.
Namun, cubaan lelaki itu mengira bas tersebut tidak berjaya kerana banyak kali tersasul di pertengahan jalan.
Apa yang lebih melucukan dia dilihat agak berlagak pada awal video kerana yakin boleh menyebutnya dengan mudah tetapi gagal kerana tersasul sehingga 20.
“Sampai dekat sembilan mesti auto sebut dua puluh” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video perkongsian lelaki tersebut.
Malah, ramai juga yang mencuba melakukan cabaran itu dan kebanyakan mereka juga gagal menyebutnya dengan tepat.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 294.2K views, 6,847 retweets dan 7,058 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
I can count the bus well until I saw how he count it Now it keep became sembilan belas
— Nurul Hidayah (@iman11_ana12) February 19, 2021
Jadi bila buat tips ni, tapi bila lepas 9 tu mesti nak auto tersebut 20????
— Meyl. (@HyMeyl) February 18, 2021
Berlecak skrin try bende ni
— Lara (@mingraaaa) February 18, 2021
Shit! Dah cuba! Aku mengaku kalah pic.twitter.com/mCgMVxmILs
— sidd (@sid_dek) February 18, 2021
@nrezzkifly HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAAHHAHA susah odoooo
— ila (@ilahumairah) February 19, 2021
Sampai kt sembilan mesti auto sebut duapuloh hahahaha
— (@ctsitiii) February 18, 2021
Aku try tadi sampai kat sembilan mesti tersebut sembilan belas kakaka
— Syamil (@modsya) February 18, 2021
Dah buat jugak takboleh
— D (@begudgirll) February 19, 2021
Betul lah, asyik tersasul je nak sebut. Susah jugak ya challenge ni 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!