Saturday, December 28, 2024
HomeNewsAdakah DidikTV Dapat Membantu Pelajar Untuk Lebih Memahami? Ini Komen Guru Mengenainya

Adakah DidikTV Dapat Membantu Pelajar Untuk Lebih Memahami? Ini Komen Guru Mengenainya

Umum mengetahui inisiatif DidikTV KPM merupakan satu usaha yang positif dalam sistem pendidikan negara

Ianya sedikit sebanyak berfungsi sebagai platform penting bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Malah, DidikTV KPM ini juga telah disiarkan melalui saluran ntv7 dan mendapat komen dari guru-guru di Malaysia. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut jom kita tengok adakah ia membantu atau tidak?

“Guru mengajar seperti dalam kelas & murid lebih fokus” – Noor Azzuhana

Image via DidikTV KPM

Antara salah seorang guru yang melahirkan rasa syukur terhadap program ini adalah Cikgu Azzuhana, 35 tahun, yang mengajar di SMK Seksyen 18 Shah Alam. Beliau memberi pandangan bahawa saluran ini dapat memberi sedikit sebanyak ‘mood’ kepada murid.

Difahamkan DidikTV KPM juga dapat mengurangkan sedikit bebanan guru kerana murid mempunyai sumber lain untuk mendapatkan info tambahan tentang topik yang dipelajari.

“Saya menyokong & menyambut baik program ini” – Cikgu Khairunnisa

Image via DidikTV KPM

Sementara itu, Cikgu Khairunnisa yang Mengajar subjek Fizik tingkatan 4 dan 5 di SMK Raja Ali, Jalan Ipoh Kuala Lumpur berkata, bahawa PdPR sebelum ini sangat mencabar bagi dirinya kerana beliau hanya mengajar melalui peranti.

Tetapi, kini beliau berasa teruja dengan adanya DidikTV KPM kerana ia sangat membantu anak muridnya yang mempunyai masalah internet di rumah.

Tambahnya lagi, program senaman dan motivasi yang diselitkan di DidikTV KPM adalah sangat menarik serta bermanfaat kepada semua murid terutamanya dalam menghadapi krisis pandemik sekarang. 

“Membantu mempelbagaikan bahan pengajaran”- Arzman

Image via DidikTV KPM

Bagi Cikgu Arzman yang merupakan guru mata pelajaran Matematik ini pula berkongsi pendapatnya tentang DidikTV KPM, dimana ia adalah satu usaha yang positif dari KPM bagi membantu para pelajar di Malaysia.

Dalam pada itu, beliau berpendapat bahawa kandungan DidikTV KPM itu juga sangat bagus dan mudah difahami oleh pelajar.

“Amat bersesuaian & murid dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih baik”- Akmal Faiz & Iffah

Image via DidikTV KPM

Selain itu, pasangan suami isteri yang merupakan guru pelajar sekolah rendah yang kini mengajar di salah sebuah sekolah di Johor berkata, mereka juga berasa kagum bila melihat program seperti DidikTV KPM ini disiarkan dan bagaimana ia dapat memberi input kepada murid.

Tambah beliau dengan adanya DidikTV KPM murid dapat mengisi masa mereka dengan baik di rumah dan juga silibus kokurikulum juga menjadi selaras.

Itu adalah antara komen menarik daripada guru-guru mengenai DidikTV KPM. Rata-ratanya ramai yang berpuas hati dengan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan. 

Jom sertai pertandingan Tonton, Rakam & Kongsi

Image via DidikTV KPM

Jadi dah alang-alang tonton DidikTV KPM tu, apa kata anda sertai pertandingan Tonton, Rakam & Kongsi yang dianjurkan oleh DidikTV KPM ini. Kongsikan pengalaman pertama anda menonton DidikTV KPM dan berpeluang memenangi peranti.

Kagum betul dengan inisiatif terbaik oleh KPM dalam melancarkan DidikTV KPM. Lepas ni, ibu bapa dah tak payah risau nak hadapi kekangan sesi PdPR bersama anak-anak lagi.

Tonton DidikTV KPM yang bersiaran di ntv7 bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. Anda juga boleh saksikan episod terkini di YouTube Channel ntv7MALAYSIA Official.

Semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada semua yang menonton DidikTV KPM!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments