Friday, September 20, 2024
HomeNews Cuak Ingat Gadis Kena 'Culik' Depan Rumah, Tapi Endingnya Pula Sweet...

[VIDEO] Cuak Ingat Gadis Kena ‘Culik’ Depan Rumah, Tapi Endingnya Pula Sweet Habis

Wanita adalah golongan yang sering menjadi sasaran bagi penjenayah untuk melakukan aktiviti mereka kerana wanita disifatkan sebagai insan lemah

Jadi, sebab itu golongan wanita dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika keluar bersendirian di mana-mana saja bagi mengelakkan dari perkara tidak diingini berlaku.

Namun, lain pula dengan video yang di Twitter baru-baru ini apabila rakaman video CCTV seorang gadis dan lelaki menarik tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Duduk depan pagar rumah sebelum terus berlari untuk buka pintu kereta

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis semasa itu sedang duduk di depan pagar rumahnya. 

Kemudian, datang sebuah kereta berhenti di depannya. Tetapi yang lebih mencuri tumpuan adalah gelagatnya yang bersedia untuk berlari selepas pemandu tersebut memberhentikan kereta.

Apa yang lebih melucukan adalah pemandu tersebut juga dilihat keluar dari kereta dan turut sama berlari dari arah yang bertentangan. Rupa-rupanya mereka berdua bergegas berlari kerana berebut mahu membuka pintu kereta itu.

Image via @brgsjks (Twitter)

“Aku ingatkan dia nak lari dari penjenayah. Tapi, auch sakitnya tuh di sini, di dalam hatiku” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur dan tidak menjangka pengakhiran video akan menjadi seperti itu.

Malah, ada yang berasa tertipu selepas melihat video tersebut dan menganggap pasangan itu sangat sweet kerana gelagat mereka membuatkan ramai terkesan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 162.2K views, 3,638 retweets dan 6,188 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen:

Cringe pula bila tengok video ni. Memang sweet betul!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments