Saturday, September 21, 2024
HomeNewsRafiq Razali Kini Dilantik Sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Prima Berhad

Rafiq Razali Kini Dilantik Sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Prima Berhad

Media Prima Berhad iaitu kumpulan media bersepadu sepenuhnya terbesar di Malaysia hari ini telah mengumumkan pelantikan Rafiq Razali, 36 tahun, sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa 18 Februari 2021

Rafiq menyertai Media Prima pada 2016 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, REV Media Group (RMG yang dahulunya dikenali sebagai Media Prima Digital).

Beliau berjaya melaksanakan strategi pemulihan perniagaan (b​usiness turnaround) yang memacu RMG menjadii satu daripada syarikat media digital yang terunggul dari segi kewangan dan capaian audiens.

Kejayaaan pemulihan ini turut membawa kepada pertumbuhan pendapatan yang signifikan dan konsisten, menjadikan RMG syarikat yang mencatat keuntungan.

Media Prima kini di kedudukan ketiga di belakang Google dan Facebook berdasarkan capaian audiens digital keseluruhan dalam negara

Beliau bertanggungjawab dalam usaha pengambilalihan strategik aset-aset digital oleh Media Prima.

Ini termasuklah kejayaan pengambilalihan Rev Asia Holdings Sdn. Bhd. yang telah menyediakan pangkalan data demografik audiens golongan muda kepada Kumpulan.

Pengambilalihan ini, di samping aset-aset yang dibangunkan dalaman dengan mengambil kesempatan harta intelek Media Prima yang popular, telah mengukuhkan lagi capaian Media Prima menjadi platform digital terunggul di Malaysia dalam kalangan pengguna peranti mudah alih.

Ia sekaligus meletakkan Media Prima di kedudukan ketiga di belakang Google dan Facebook berdasarkan capaian audiens digital keseluruhan dalam negara.

Dibawah kepimpinannya, RMG telah memeterai persefahaman usahasama dengan jenama-jenama digital global seperti Mashable, IGN dan Technave.

RMG menerima anugerah 2019 Digital Publisher of the Year oleh Malaysian Digital Association

Rafiq juga memainkan peranan utama dalam usaha transformasi perniagaan Media Prima untuk menyatukan strategi digital Kumpulan merentasi kesemua anak-anak syarikatnya.

Antara pencapaian utamanya sehingga kini termasuklah pelaksanaan strategi ‘​Big Data​’ untuk Kumpulan bagi menyediakan maklumat masa sebenar (​real time dashboards​) dan profail audiens yang mendalam menggunakan algoritma kecerdasan buatan (​Articial Intelligence​) yang kompleks.

Kemuncak kejayaannya dicapai bila RMG menerima anugerah 2019 Digital Publisher of the Year oleh Malaysian Digital Association.

Peranan barunya di peringkat Kumpulan ini akan membolehkan Media Prima menerokai peluang perniagaan baru di kesemua paltform-platform media

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan, Media Prima Berhad, Datuk Dr Syed Hussian Aljunid berkata, Lembaga Pengarah mengalu-alukan pelantikan Rafiq ke Lembaga Pengarah Media Prima.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas serta rekod kejayaan dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif penting transformasi perniagaan di peringkat Kumpulan.

Malah, beliau juga seorang yang mempunyai kemahiran serta dihormati di dalam lanskap media digital setelah berkhidmat dengan beberapa syarikat permulaan (​start up​) digital sebelum menyertai Media Prima.

“Kami percaya beliau akan memberi sumbangan besar kepada masa hadapan Kumpulan. Peranan baru Rafiq di peringkat Kumpulan ini akan membolehkan Media Prima menerokai peluang perniagaan baru di kesemua paltform-platform media di bawah kumpulan di samping menawarkan para pelanggan penyelesaian media yang inovatif dan bersepadu,” katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments