Umum sedia maklum, pada 9 Mac tahun lalu, Tesco Plc telah bersetuju untuk menjual perniagaannya pada CP Retail Development Company Ltd (CPRD) dengan nilai AS$10.6 bilion (RM43.1 bilion)
Penjualan Tesco bagi pasaran Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Thailand ini merupakan salah satu strategi Tesco dalam memfokuskan kepada pasaran mereka di UK.
Begitupun, hari ini tular di media sosial apabila gambar pengumuman penjenamaan semula Tesco Malaysia kepada Lotuss Stores. Menerusi pengumuman berkenaan, penjenamaan semula akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Ketika ini, masih belum ada lagi kenyataan rasmi daripada pihak Tesco Malaysia berhubung perkara tersebut. Walau bagaimanapun, ketika ini sudah berlegar di media sosial mengenai penjenamaan semula pasar raya itu.
@panda_sepet Terima Kasih Tesco Untuk Segala²nya… Atas Rezeki Yang Pernah Kau Salurkan. Kini Tesco Dikenali Sebagai Lotus’s ##welcome ##lotusstore ##Tesco ##Fyp
…Berita selanjutnya menyusul selepas ini
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!