Tuesday, November 26, 2024
HomeNewsDidikTV@NTV7: "Tahniah Dr Radzi Jidin Atas Pemerkasaan TV Pendidikan" – ARMADA

DidikTV@NTV7: “Tahniah Dr Radzi Jidin Atas Pemerkasaan TV Pendidikan” – ARMADA

Umum sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah memaklumkan bakal melancarkan satu saluran khas televisyen pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM bermula 17 Februari ini

Image via Berita Harian

Kewujudan saluran DidikTV KPM ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh KPM dalam memastikan para pelajar di Malaysia mendapat akses yang percuma bagi mendapatkan ilmu seperti mana di sekolah.

Pada masa yang sama, DidikTV KPM ini juga akan bersiaran bermula 7 pagi sehingga pukul 12 tengah malam pada setiap hari.

Telah berjaya menyelesaikan salah satu permasalahan besar terkait Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi BERSATU Malaysia, Mohd Ashraf Mustaqim dalam satu kenyataan menzahirkan rasa tahniah kepada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin atas inisiatif dan kesungguhan beliau sedikit sebanyak telah berjaya menyelesaikan salah satu permasalahan besar terkait Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Tahniah Dr Radzi Jidin atas pemerkasaan TV pendidikan. Kerana itu ARMADA memandang kejayaan Dr Radzi Jidin dan pasukan KPM mempertingkatkan waktu siaran sekaligus menjadikan NTV7 sebagai saluran khusus TV Pendidikan (DidikTV) adalah langkah yang paling baik dalam menyelesaikan masalah utama pelajar terkait PdPR seperti kekurangan peranti, gajet atau data internet,” katanya.

Sebelum ini, pihak ARMADA melalui kenyataan Ketua ARMADA Nasional, Wan Ahmad Fayhsal bertarikh 23 Februari 2021 telah mencadangkan untuk siaran Pendidikan dipertingkatkan mengambilkira inisiatif KPM melalui pewujudan TV Pendidikan telah dimulakan sejak 6 April 2020 iaitu bulan seterusnya sejurus perlaksanaan PKP yang pertama.

Image via Armada Bersatu Malaysia (Facebook)

DidikTV KPM akan bersiaran secara terus menerusi saluran 107 di MyTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi. Antara inti pati yang akan disiarkan menerusi DidikTV KPM, adalah berteraskan kurikulum dan kokurikulum. 

Bahkan, program ini diubah suai mengikut kesesuaian bagi memastikan para pelajar mendapat input menerusi apa yang telah disiarkan oleh pihak KPM.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments