Kewujudan tikus di rumah tentu sangat mengganggu bukan? Hal ini kerana tikus seringkali mencuri makanan, merosakkan barangan di rumah, bahkan membuang kotoran di merata-rata tempat
Pelbagai usaha juga pastinya dilakukan oleh kita bagi menangkap tikus dan mengawal haiwan perosak ini.
Oleh itu, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) baru-baru ini, mengumumkan akan membayar RM3 untuk seekor tikus tidak kira hidup ataupun mati.
MDKS dalam kenyataannya yang dimuat naik laman Facebook rasmi mereka berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi Kempen Kawalan Tikus 2021.
Kempen Kawalan Tikus 2021 itu akan berlangsung sehingga
30 November tahun ini
Bayaran untuk serahan tikus hidup atau mati pula adalah RM3 untuk seekor. Manakala, waktu serahan pula pada setiap hari Isnin dan Jumaat.
Lokasi tempat untuk serahan tikus akan dilakukan di Jabatan Kesihatan dan Persekitaran, No. 19, Jalan Semarak 1/5, 45000 Kuala Selangor.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MDKS di talian 03-32812235.
Image via VITDAILY
Hasil tinjauan di ruangan komen pula, rata-rata netizen sepertinya tidak sabar untuk menangkap haiwan perosak itu, ada yang berseloroh mengatakan inilah masanya untuk mencari duit lebih.
Selain itu, ada juga yang menawarkan diri untuk menangkap tikus berkenaan jika ada sesiapa yang mahukannya.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan sudah meraih lebih 211 likes, 456 comments dan 1.2K shares di media sosial Facebook.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen:
Fuh kaya kalau buat business jual tikus ni, sehari dapat 100 ekor pun dah okay sangat 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!