Saturday, January 11, 2025
HomeNews Anak Baru 4 Bulan Lahir Tapi Dah 'Hamil' Lagi, Wanita Ini...

[VIDEO] Anak Baru 4 Bulan Lahir Tapi Dah ‘Hamil’ Lagi, Wanita Ini Tampil Beri Penjelasan

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya ingin mempunyai anak kerana itu merupakan pembawa rezeki dalam rumah tangga

Ada pasangan yang mahukan ramai anak, dan ada juga yang merancang untuk mempunyai cuma dua atau tiga orang anak saja.

Namun, setiap pasangan digalakkan untuk membuat family planning agar jarak umur antara anak tidak terlalu dekat.

Hal ini kerana ramai yang berpendapat bahawa ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang yang cukup buat setiap anak yang lahir sekurang-kurangnya dua tahun, barulah merancang untuk zuriat seterusnya.

Tetapi lain pula kisahnya dengan wanita ini apabila dia disahkan hamil sekali lagi walaupun baru saja menimang cahaya mata bongsu pada Oktober tahun lepas.

Lihat video perkongsiannya itu di bawah:

@suryana_89

Alhamdulillah ##fyp

Hadal Ahbek –

Anak bongsu baru berusia 4 bulan, tetapi ibu sudah mengandung sekali lagi

Menerusi rakaman tersebut, wanita yang dikenali sebagai Suryana telah memuat naik video anak bongsunya dengan kapsyen “umur saya baru 4 bulan tapi ibu saya dah bagi adik, Alhamdulillah”.

Tujuan dia memuat naik video tersebut pada awalnya hanyalah untuk berkongsi khabar gembira tentang rezeki yang dikurniakan kepadanya dan suami.

Namun, dia telah menerima pelbagai reaksi dan kecaman daripada netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju tentang jarak umur anak bongsunya itu terlalu dekat dengan bakal anaknya nanti.

Tidak kisah dengan kecaman, Suryana sekali lagi telah memuat naik video lain di laman TikToknya untuk menjelaskan situasi sebenar.

@suryana_89

Insyaallah akan lebih berhati2 lagi lepas ni##fyp

Adu Mama e Ada Cowok Baju Hitam Mix By DJ Desa – SUGI_bfon21

Image via @suryana_89 (TikTok)

Ketika artikel ini ditulis, video Suryana telah berjaya meraih 410.2K views, 20.3K likes dan 919 shares di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen menasihatinya supaya merancang keluarga dengan lebih baik untuk masa akan datang.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @suryana_89 (TikTok)

Image via @suryana_89 (TikTok)

Image via @suryana_89 (TikTok)

Image via @suryana_89 (TikTok)

Image via @suryana_89 (TikTok)

Image via @suryana_89 (TikTok)

Image via @suryana_89 (TikTok)

Image via @suryana_89 (TikTok)

Image via @suryana_89 (TikTok)

Image via @suryana_89 (TikTok)

Apa-apa pun rezeki dah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita sebagai manusia perlu bersyukur dengan nikmat yang dikurniakanNYA 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments