Umum sedia maklum, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan, rakyat Malaysia perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan oleh kerajaan
Selain perlu memakai pelitup muka dengan betul, cuci tangan, dan jaga penjarakan fizikal. Kita juga dinasihatkan tinggal di rumah jika tidak mempunyai perkara mendesak di luar.
Begitu juga dengan perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook, Khairul Redzwan, dia menghabiskan masanya duduk di rumah ketika PKP 2.0 dilaksanakan dengan make over bilik air atau bathroom.
Menurutnya, dia cuma mengambil masa hujung minggu bagi make over bathroom berkenaan, kerana pada hari biasa dia perlu bekerja jadi ianya mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan.
Berikut di bawah adalah perkongsian penuh di Facebook miliknya:
Dapat inspirasi dan cara nak cat tiles daripada YouTube, perkongsian di Facebook group Tukang Apa Hari Ini dan Kami Suka Deco Deko
Tambahnya lagi, sebab utama dia make over bathroom berkenaan ialah kerana dinding bilik tidur bersebelahan bilik air dah start mengelupas dan seperti berkulat disebabkan ada air dah mula masuk ke dalam dinding.
“Kalau nak upah orang settlekan agak mahal, jadi saya decide nak buat sendiri je. After research dekat internet ada dua option.
“Sama ada tukar tiles atau cat, after deeper research mujurlah Nippon Paint ada option untuk cat tiles,” katanya kepada SAYS Seismik.
Selain itu, antara sebab lain adalah kerana pintu bilik air dah dah reput di bahagian bawah dan pam tandas pun dah mula rosak, jadi dia membuat keputusan untuk membetulkan sendiri semua sekali.
Berikut di bawah antara perkongsian gambar-gambar sebelum dan selepas make over bathroom:
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!