Sunday, September 22, 2024
HomeBREAKING NEWSMayat lelaki ditemui di bangunan terbiar di Kota Kinabalu

Mayat lelaki ditemui di bangunan terbiar di Kota Kinabalu

Pasukan penyiasat polis memeriksa tempat kejadian di Jalan Istana, Kota Kinabalu. (Gambar PDRM)

KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki ditemui dengan beberapa kesan kecederaan di sebuah bangunan terbiar, di Jalan Istana, dekat sini, hari ini.

Mayat yang belum diketahui identitinya ditemui kira-kira jam 6.30 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati mayat lelaki terbabit terbaring dengan beberapa kesan kecederaan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas badan mangsa mendapati enam kesan luka kecil di bahagian muka, satu di bahagian telinga kanan dan lebam di leher.

“Bagaimanapun kecederaan yang dikesan di muka mangsa belum dipastikan sama ada disebabkan oleh senjata, gigitan atau cakaran haiwan liar memandang kawasan berkenaan ada banyak monyet,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring dengan beberapa kesan luka di sebuah bangunan terbiar di Kota Kinabalu awal hari ini. (Gambar PDRM)

Habibi berkata, siasatan kini diteruskan dengan bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah di tempat kejadian.

“Kita juga menghubungi Unit Anjing Pengesan K9 untuk membantu siasatan lanjut, selain menemu bual saksi.

“Mayat mangsa akan menjalani proseMayat yang belum diketahui identitinya ditemui oleh orang awam awal pagi tadi.s bedah siasat selepas ujian saringan COVID-19 dibuat,” katanya.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments