Thursday, January 9, 2025
HomeBREAKING NEWSIsu tanah pekebun di Raub tidak jejas pengeluaran durian, kata timbalan menteri

Isu tanah pekebun di Raub tidak jejas pengeluaran durian, kata timbalan menteri

Pada Ogos kerajaan Pahang mengambil tindakan terhadap pekebun yang mengusahakan kebun durian secara haram di sekitar Raub sehingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri, selain isu pencemaran air. (Gambar Facebook)

MELAKA: Isu tanah berkait pekebun durian di Raub, Pahang, tidak akan menjejaskan pengeluaran dan penghasilan raja buah itu, terutamanya jenis Musang King bagi pasaran dan eksport ke luar negara, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Ahmad Hamzah.

Beliau berkata, ia berikutan terdapat beberapa ladang lain di negara ini menanam durian Musang King dan mampu menampung permintaan terhadap buah yang mendapat sambutan hebat termasuk yang diproses dan disejuk beku.

Katanya, paling penting setiap pekebun durian perlu mengikut prosedur dengan berdaftar dan lulus audit fasiliti serta ladang, selain perlu memperoleh Sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP) bagi memastikan durian yang dihasilkan berkualiti dan bermutu tinggi.

“Syarat lain iaitu pokok durian yang ditanam adalah di atas tanah pemilikan sendiri atau disewa pajak serta disahkan perjanjian tersebut, manakala bagi tanah yang diterokai tidak layak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Promosi Perniagaan Kecil Tempatan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Ahmad Hamzah.

Pada 23 Dis lepas, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang.

Permohonan itu dibuat selepas kerajaan negeri mula mengambil tindakan terhadap pekebun yang didakwa mengusahakan kebun durian secara haram di sekitar Raub pada awal Ogos sehingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri, selain isu pencemaran air.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments