Saturday, October 19, 2024
HomeBREAKING NEWSJangan tipu, aniaya ‘frontliners’, rayu KP Kesihatan

Jangan tipu, aniaya ‘frontliners’, rayu KP Kesihatan

Individu yang berurusan dengan kakitangan hospital perlu berterus-terang jika mempunyai simptom COVID-19.

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada individu yang berurusan dengan pegawai dan kakitangan hospital supaya berterus-terang jika tidak sihat atau mempunyai gejala.

“Jangan tipu ‘frontliners’. Kami juga perlu dilindungi, kami ada keluarga, ada rakan-rakan. Jangan aniaya kami,” katanya menerusi Facebook.

Pada 23 Disember lalu, seorang doktor yang menguruskan seorang pesakit untuk menjalani pemeriksaan imbasan CT didapati positif COVID-19 selepas individu berkenaan tidak berterus-terang di peringkat awal yang dia batuk dan demam selama seminggu sebelum itu.

Pegawai perubatan itu berkata, hasil imbasan menunjukkan paru-paru pesakit berkenaan sama seperti paru-paru pesakit COVID-19 dan selepas itu individu terbabit mengakui mempunyai gejala namun berasa sihat sedikit untuk datang ke temu janji.

“Ternyata tindakannya menyusahkan orang lain kerana pesakit ini disahkan positif selepas dua hari.

“Saya mengambil keputusan untuk kuarantin sendiri walaupun tidak bergejala. Namun, sempat bekerja selama dua hari di jabatan, sebelum kuarantin. Keputusan ‘swab’ mendapati saya positif,” kongsinya dalam catatan di Facebook.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments