Friday, December 27, 2024
HomeBREAKING NEWSEjen Ali ‘Misi: Juang’ raih 1 juta penonton di YouTube

Ejen Ali ‘Misi: Juang’ raih 1 juta penonton di YouTube

Ejen Ali ‘MISI: JUANG’ merupakan penghormatan khas kepada barisan hadapan dalam memerangi pandemik COVID-19.

Satu pencapaian diluar jangkaan!

Kurang dari masa 24jam selepas tayangan dan dilancarkan di laman YouTube rasmi, filem pendek terbaru dan pertama Ejen Ali yang berjudul MISI: JUANG telah meraih lebih 1 juta jumlah tontonan dan mencapai trending nombor 1 di laman Youtube.

Filem pendek hasil gabungan Primeworks Studios dan WAU Animation yang berdurasi tiga minit lebih ini telah dilancarkan pada 25 Disember 2020, tepat jam 9.45 malam menerusi saluran YouTube Rasmi EJEN ALI.

Masih mengekalkan lagu runut bunyi Kita Jaga Kita nyanyian Altimet, Malik Abdullah dan Cuurley yang diberikan nafas baru, filem pendek MISI: JUANG merupakan penghormatan khas kepada barisan hadapan dan penghargaan atas usaha berani mereka memerangi pandemik COVID-19.

MISI: JUANG menampilkan usaha Ejen MATA dan rakyat yang bergabung bersama-sama petugas barisan hadapan di medan perang untuk melawan angkatan tentera COVID-19 yang mengancam nyawa.

Mengetengahkan rendisi baru lagu tema Kita Jaga Kita, filem pendek ini menjadi lebih menarik dengan penampilan khas seorang figura istimewa yang membawa watak kameo untuk bergabung tenaga dengan Ejen MATA di medan pertempuran.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments