Saturday, October 19, 2024
HomeBREAKING NEWSSamun: Polis tembak 4 lelaki di Sungai Buloh

Samun: Polis tembak 4 lelaki di Sungai Buloh

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata polis melepaskan tembakan selepas kereta suspekmelanggar dan menggilis seorang penunggang motosikal GrabFood.

SUNGAI BULOH: Empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun sebuah rumah di sini hari ini ditembak oleh polis ketika melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Axia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata tindakan itu diambil oleh pihak berkuasa selepas kereta tersebut melanggar dan menggilis seorang penunggang motosikal GrabFood.

“Kejadian berlaku tengah hari tadi ketika polis mengejar kereta suspek. Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta suspek bagi menjaga keselamatan pasukan dan orang awam,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya pemeriksaan ke atas kereta suspek yang kemudiannya terhenti, menemui empat lelaki tempatan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut berkenaan keempat-empat suspek dan juga penunggang motosikal berkenaan.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments