PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti lima kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster itu ialah Kluster Tapak Bina Jalan Panah di Kuala Lumpur; Menara Wang yang membabitkan KL, Selangor dan Pahang; Saga Tengah di Sabah; Kolam Air di Kedah; dan Hala Mutiara di Perak.