Thursday, December 19, 2024
HomeBREAKING NEWSSanta Claus ceriakan kanak-kanak Caracas sambut Krimas

Santa Claus ceriakan kanak-kanak Caracas sambut Krimas

Kanak-kanaklah yang paling gembira bila mendapat ‘hadiah’ daripada Santa. (Gambar AP)

Sekali lagi rakyat Venezuela menyambut Krismas dalam keadaan krisis, apabila negara OPEC itu melalui tahun keenam kemelesetan ekonomi dan tahun ketiga inflasi melampau yang menghancurkan kuasa belanja serta mencetuskan migrasi besar-besaran dari negara itu.

Dalam pada rakyat di Caracas sedang bergelut dengan pandemik COVID-19 serta keruntuhan ekonomi, Santa Claus keluar ke jalanan di pinggir ibu negara Venezuela itu pada hujung minggu lalu untuk mengagihkan hadiah kepada kanak-kanak daripada roti hinggalah pakaian.

“Santa in the Streets”, sebuah badan amal yang ditubuhkan sejak 14 tahun lalu menerima derma pakaian serta permainan untuk kanak-kanak dan keluarga miskin di negara itu, mengedarkan hadiah di kawasan Guarenas pada Sabtu lalu.

Pemandangan dilihat, Raymar yang berpakaian seperti Santa Claus menghampiri barisan kanak-kanak yang menanti bersama ibu bapa mereka untuk menerima hadiah seperti roti dan sosej bologna, pakaian, kasut serta permainan.

Menurut Amilcar Ruiz, penyelaras tempatan “Santa in the Streets”, tahun ini badan amal itu lebih banyak menyerahkan makanan kerana ia lebih diperlukan masyarakat akibat pandemik. Bagi tahun-tahun sebelumnya, lebih banyak permainan diedarkan.

“Masyarakat merayu jangan tinggalkan mereka.

“Semua keluarga kini, kurang berupaya untuk memberi anak-anak mereka makan,” kata Ruiz.

Upah minimum bulanan Venezuela bersamaan ASD1, tidak cukup untuk membeli sekilo beras.

President Nicolas Maduro tahun lalu meluluskan penggunaan besar-besaran dolar buat kali pertama dalam 15 tahun yang merangsangkan perdagangan.

Namun, ia turut mengakibatkan jurang semakin besar antara golongan yang mampu memperoleh mata wang itu berbanding mereka yang hanya mendapat wang bolivar tempatan.

“Memang ada pandemik, namun orang ramai perlukan perlukan, roti,” kata Juan Monroy, salah seorang penganjur aktiviti berkenaan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments