Friday, September 20, 2024
HomeBREAKING NEWSPolis tangguh siasatan, Ketua Polis Negara minta maaf, kata Guan Eng

Polis tangguh siasatan, Ketua Polis Negara minta maaf, kata Guan Eng

Hamid Bador dan Lim Guan Eng.

PETALING JAYA: Polis menangguhkan pengambilan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung siasatan terbaharu terhadapnya yang sebelum ini ditetap esok, sehari sebelum Krismas,

Lim berkata, beliau dimaklumkan peguamnya Gobind Singh Deo bahawa polis bertindak membatalkan proses soal siasatan itu yang di atur di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut, Pulau Pinang berhubung dua kenyataan medianya pada 2019.

“Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador juga secara ramah menerusi kiriman teks mesej, memohon maaf kepada saya, atas kesilapan pegawainya menetapkan soal siasatan saya pada sehari sebelum Krismas. Saya berterima kasih padanya atas ucapan Krismas buat saya dan keluarga,” katanya.

Semalam, musuh politik Lim, bekas Perdana Menteri Najib Razak tampil membela pemimpin DAP berkenaan dan meminta supaya polis menggunakan pertimbangan wajar dan tidak memanggilnya untuk disoal siasat sehari sebelum beliau menyambut Krismas.

Terdahulu, Lim berkata polis melancarkan satu lagi siasatan terhadapnya berhubung dua kenyataan yang dibuat pada 2019 namun butiran lanjut tidak diketahui.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments