Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini
Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz di Kuala Lumpur hari ini menerusi live di Facebook rasmi Permodalan Nasional Berhad.
Menurutnya, saiz dana yang besar serta keadaan ekonomi yang tidak stabil ditambah pula pandemik COVID-19 yang melanda antara yang memberi kesan besar kepada ASB. Berikut merupakan jumlah agihan ASB sejak 1990.
Bonus ehsan cuma diberikan kepada 30,000 unit pertama sahaja sempena sambutan ulang tahun ke-30 ASB
Sebarang pelaburan melebihi 30,000 unit pertama tidak lagi akan menerima jumlah bonus sebanyak 0.75 seunit.
Sebagai rekod tahun lalu, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit yang dianggap sebagai pulangan terendah dalam sejarah.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!