Tuesday, November 26, 2024
HomeBREAKING NEWSMUDA tuntut pendaftaran parti selesai 7 hari

MUDA tuntut pendaftaran parti selesai 7 hari

Penaja MUDA bersama 100 penyokong hadir ke ibu pejabat JPPM hari ini untuk menyerahkan surat tuntutan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: MUDA menyerahkan surat tuntutan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bagi menggesa pendaftarannya sebagai parti politik diluluskan dalam tempoh tujuh hari.

Dalam kenyataan, ia berkata Penaja MUDA bersama 100 penyokong hadir ke ibu pejabat JPPM hari ini untuk menyerahkan surat tuntutan itu, sambil menambah kelewatan berhubung pendaftaran tidak boleh diterima.

“Proses pendaftaran MUDA sebagai sebuah parti politik yang sah mula dibuat sejak 17 Sept namun hingga hari ini, barisan Penaja MUDA masih belum menerima apa-apa perkembangan terkini berkenaan pendaftaran.

“Kelewatan pendaftaran MUDA tidak boleh diterima sama sekali terutama apabila semua komunikasi antara JPPM dan MUDA tidak pun diberi alasan untuk menolak atau melengah-lengahkan pendaftaran MUDA,” menurut kenyataan itu.

MUDA turut membuat perbandingan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) yang hanya mengambil masa tiga hari bawah kerajaan hari ini manakala pendaftaran PPBM ketika era kerajaan Barisan Nasional (BN) memgambil masa 30 hari.

“MUDA menyerahkan sepenuhnya isu pendaftaran parti ini kepada undang-undang negara dan mendesak pihak JPPM meluluskan segera MUDA sebagai parti politik sah di negara ini.”

Barisan Penaja MUDA melantik bekas peguam negara Tommy Thomas dan bekas presiden badan peguam Ambiga Sreenevasan untuk mewakili MUDA bagi mendapatkan keadilan sewajarnya terhadap JPPM berkenaan pendaftaran parti MUDA.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments