Friday, October 18, 2024
HomeBREAKING NEWSChina laksana suntikan vaksin COVID-19 dalam dua fasa

China laksana suntikan vaksin COVID-19 dalam dua fasa

Lebih sejuta penduduk China menerima suntikan vaksin Covid-19 dan dilaporkan berada keadaan baik dan tidak menunjukkan gejala negatif. (Gambar AP)

BEIJING: China akan melaksanakan suntikan vaksin Covid-19 dalam dua fasa dengan keutamaan diberikan kepada golongan berisiko tinggi, menurut Jabatan Kawalan Penyakit Suruhanjaya Kesihatan Negara itu.

Petugas jabatan itu Cui Gang berkata, dalam fasa pertama mereka yang bakal menerima suntikan, termasuk petugas dalam sektor rantaian sejuk beku import, pemeriksaan kastam, pemanduan kapal, kru kapal terbang dan pekerja di pasar basah, pengangkutan awam serta agensi perubatan.

Selain itu katanya, mereka yang bertugas atau belajar di negara dan kawasan berisiko tinggi juga termasuk dalam fasa pertama.

Fasa kedua pula membabitkan orang ramai berdasarkan pendaftaran rasmi vaksin di pasaran dan peningkatan jumlah pengeluarannya.

Cui berkata, pihak berkuasa di pelbagai kawasan berusaha memberikan lebih banyak kemudahan kepada orang awam mendapatkan suntikan vaksin.

Sehingga kini, lebih sejuta penduduk di negara itu sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 dan mereka dilaporkan berada keadaan baik dan tidak menunjukkan gejala negatif.

Di samping itu, ujian klinikal fasa ketiga yang dijalankan di luar negara juga berjalan lancar.

Tiada risiko keselamatan serius ditemui sepanjang proses ujian dijalankan, sekali gus membuktikan keselamatan vaksin dihasilkan China adalah terjamin.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments