Friday, October 18, 2024
HomeBREAKING NEWS3 kluster baru COVID-19 dikesan di KL, Johor, Sabah

3 kluster baru COVID-19 dikesan di KL, Johor, Sabah

KKM masih memantau 199 kluster COVID-19 di seluruh negara.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti tiga kluster baru COVID-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lepas.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kulster itu iaitu kluster Tapak Bina Metropolis, kluster Estate Maju, kluster Batu 39.

Dalam pada itu katanya, jumlah kluster tamat pula adalah sebanyak 244 kluster, termasuk tiga kluster yang tamat hari ini, iaitu kluster Saga, kluster Tatahan dan kluster Sakti di Sabah.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau sebanyak 199 kluster.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini.

Kluster yang menyaksikan pertambahan kes baru tertinggi adalah kluster Tapak Bina Metropolis (140 kes), kluster Ceram (107 kes), dan kluster Penjara Jalan Harapan (58 kes).

Tiga kluster baru dikenal pasti hari ini, iaitu kluster Tapak Bina Metropolis melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Dis melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan.

Sehingga 20 Dis, 481 individu disaring, dengan 147 kes positif Covid-19.

Manakala itu, kluster Estate Maju melibatkan daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Tuaran di negeri Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-74,498) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Dis melalui saringan individu bergejala.

Sehingga 20 Dis, 63 individu disaring dengan 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Dalam pada itu, kluster Batu 39 melibatkan daerah Pontian di Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-90,568) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Dis melalui saringan bersasar di tempat kerja.

Sehingga 20 Dis, 152 individu disaring dan 28 kes dikesan positif COVID-19.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments