Sunday, October 20, 2024
HomeBREAKING NEWSUgutan bunuh terhadap ketua polis Johor disiasat

Ugutan bunuh terhadap ketua polis Johor disiasat

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang menyiasat kes ugutan bunuh ke atas Ketua Polis Negeri Ayob Khan Mydin PItchay, yang dipercayai melibatkan tiga ahli kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menurut Ayob Khan, dua minggu lepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam, yang memberitahu bahawa tiga lelaki dari Selangor dikatakan akan turun ke Johor untuk membunuhnya.

Beliau berkata, polis memandang serius terhadap sebarang ancaman terhadap keselamatan anggotanya.

“Kita percaya ia panggilan daripada warga tempatan, kerana panggilan yang dibuat kepada pembantu peribadi saya itu menggunakan Bahasa Malaysia, tapi itu semua dalam siasatan,” katanya kepada ditanya pemberita.

“Saya tak pasti isu apa.. Saya dah lama tinggalkan Bukit Aman sebagai penolong pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman..

“Saya tak buat lagi isu-isu keganasan, tak tahulah kenapa isu ini ditimbulkan kembali,” tambahnya.

Jumaat lepas dalam temu bual bersama sebuah akhbar tempatan di Facebook, Ayob Khan mendedahkan beliau menerima ugutan bunuh, yang dipercayai daripada ahli kumpulan LTTE yang dilabelkan oleh polis Malaysia sebagai kumpulan pengganas.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments