Wednesday, November 20, 2024
HomeBREAKING NEWSMyCEB cadang buka sempadan untuk acara perniagaan

MyCEB cadang buka sempadan untuk acara perniagaan

Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia berkata, cadangan pembukaan sempadan merangkumi delegasi acara perniagaan dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Brunei. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) merancang untuk mengemukakan cadangan pembukaan semula sempadan antarabangsa untuk acara perniagaan.

Dalam kenyataan hari ini, MyCEB berkata, cadangan itu akan merangkumi pembukaan sempadan kepada delegasi acara perniagaan dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Brunei.

“Langkah pembukaan kembali sempadan dapat merangsangkan dan merancakkan semula industri acara perniagaan serta ekonomi negara,” katanya.

MyCEB menekankan langkah tersebut mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi yang selamat bagi aktiviti acara perniagaan serantau.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments