Friday, November 29, 2024
HomeBREAKING NEWSKapal tunda Iran masuk ke terminal Butterworth kerana kecemasan, kata sumber pihak...

Kapal tunda Iran masuk ke terminal Butterworth kerana kecemasan, kata sumber pihak berkuasa pelabuhan

Media melaporkan Jabatan Marin kini menyiasat insiden kapal tunda Iran memasuki perairan negara secara haram dan berlabuh tanpa pengetahuan pihak berkuasa. (Gambar Bernama)

BUTTERWORTH: Sebuah kapal tunda dari Iran dengan tiga anak kapal disahkan masuk ke perairan negeri ini selepas seorang daripada anak kapal mengalami masalah kesihatan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Sumber Penang Port Sdn Bhd (PPSB) berkata, masalah kapal MV Fire Man Zanzibar itu bermula dalam perjalanan dari Filipina ke Dubai setelah kehabisan minyak, sebelum ia ditunda oleh sebuah lagi kapal yang mengalami kerosakan dan berlabuh di perairan Johor pada 11 Dis lepas.

Pihak berkuasa mengetahui akan keberadaan kapal itu di perairan negara serta memantau dan cuba memberi bantuan.

“Kapal itu kemudian singgah di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) atas alasan kecemasan apabila seorang daripada anak kapal itu jatuh sakit.

“Ketiga-tiga kru berusia dalam lingkungan 30-an juga memaklumkan kehabisan minyak serta duit. Mereka juga memberitahu gagal menghubungi syarikat kapal itu di Iran,” katanya malam ini.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Jabatan Marin sedang menyiasat bagaimana kapal tunda Iran itu memasuki perairan Malaysia secara haram baru-baru ini dan berlabuh tanpa pengetahuan pihak berkuasa di kawasan operasi Pulau Pinang.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments