Wednesday, January 8, 2025
HomeBREAKING NEWS249 individu ingkar PKP ditahan

249 individu ingkar PKP ditahan

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri berkata, daripada 88,827 individu yang pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempada antarabangsa, 8,357 sedang menjalani proses kuarantin wajib.

PETALING JAYA: Polis semalam menahan 249 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, 248 dikompaun dan 1 direman.

Antara kesalahan ingkar arahan PKP, termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan.

“Sebanyak 2,777 pasukan pematuhan melibatkan 12,489 anggota membuat pemantauan di 3,549 pasar raya, 4,761 restoran, serta 1,794 penjaja, 1,144 kilang, 3,321 bank dan 548 pejabat kerajaan.

“Turut dipantau, sebanyak 962 terminal pengangkutan darat, 245 terminal pengangkutan air serta 111 terminal pengangkutan udara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, Operasi Benteng berjaya menahan 46 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 2 tekong serta merampas 8 kenderaan darat.

Tambahnya, 88,827 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa, dan daripada jumlah itu, 8,357 orang sedang menjalani proses kuarantin wajib, manakala 532 individu dihantar ke hospital untuk rawatan dan 79,938 lagi individu dibenarkan pulang.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments