Thursday, November 14, 2024
HomeBREAKING NEWSRakyat Malaysia ditahan di Australia meninggal dunia

Rakyat Malaysia ditahan di Australia meninggal dunia

Muhammad Hafizuddin Zaini dilaporkan kecewa dan putus harapan kerana ketidakpastian sekitar penghantaran pulang.

SYDNEY: Seorang rakyat Malaysia dalam tahanan di Australia sementara menunggu dihantar pulang meninggal dunia di pusat tahanan imigresen.

Rakan tahanan mendakwa dia sudah berputus harapan dengan kesusahannya.

Menurut laporan Australian Associated Press, kematian itu berlaku minggu lepas di sebalik kelewatan dalam sistem penghantaran pulang Australia ekoran sekatan perjalanan Covid-19.

Muhammad Hafizuddin Zaini, 29, dalam tahanan selama lima bulan selepas ditangkap kerana menghisap ganja. Ketika tangkapan, pihak berkuasa mendapati dia tinggal lebih masa daripada yang dibenarkan visanya selama beberapa tahun.

Dia ditahan di Adelaise dan kemudian dipindahkan ke Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.

Laporan berkata Hafizuddin berharap dapat pulang ke pangkuan keluarga selepas tempoh tahanan yang singkat.

“Dia selalu beritahu saya: ‘Saya tertanya-tanya adakah mereka tidak akan hantar saya pulang’.” kata seorang rakan tahanan, yang juga menunggu dihantar pulang, kepada APP.

Laporan itu berkata pada pagi 12 Dis, Hafizuddin dan rakan tahanan menghisap rokok di biliknya.

Mereka bincang tentang ketiadaan tarikh hantar pulang dan tiada komunikasi dengan pihak berkuasa. Kawannya kemudian kembali bilik sendiri.

Kemudian, bilik Hafizuddin didapati terkunci dan seorang pengawal dipanggil membukanya. Sebuah ambulan dipanggil dan dia diisytiharkan meninggal dunia di Hospital Liverpool, kata laporan itu.

Pihak berkuasa sempadan Australia mengesahkan kematian itu keesokannya. “Perkara itu sudah dirujuk kepada agensi yang berkenaan, termasuk koroner New South Wales, untuk siasatan,” kata jurucakap.

Menurut laporan itu, kawannya cuba menceriakan keadaan selepas mendapati Hafizuddin semakin kecewa. Kawanya berkata pada minggu-minggu terakhirnya, Hafizuddin tidak makan dan tidur sepanjang hari.

Pihak berkuasa sempadan Australia berkata kekurangan penerbangan komersial kerana pandemik serata dunia menjejaskan usaha penghantaran pulang.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments