Friday, September 20, 2024
HomeBREAKING NEWSAgong ucap takziah kepada keluarga Namat Abdullah

Agong ucap takziah kepada keluarga Namat Abdullah

Sultan Abdullah turut menyifatkan pemergian Namat Abdullah sebagai satu kehilangan besar kepada arena bola sepak negara.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak dan Olimpian negara, Namat Abdullah, yang meninggal dunia petang tadi.

Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Namat dan berharap agar seluruh keluarganya sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu itu.

“Seri Paduka Baginda amat menghargai jasa Allahyarham kepada negara serta khidmat bakti beliau dalam mengharumkan nama Malaysia di persada bola sepak dunia.

“Sultan Abdullah turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada arena bola sepak negara. Seri Paduka Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama para solihin,” menurut Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Arena bola sepak negara dikejutkan dengan berita sedih apabila kehilangan legenda skuad Harimau Malaya, Namat, 74, yang meninggal dunia pada 5.30 petang, selepas sekian lama bertarung melawan penyakit barah usus dan angin ahmar.

Pada zaman kegemilangannya, bekas kapten bola sepak kebangsaan itu terkenal di rantau Asia sebagai pemain pertahanan yang disegani oleh pasukan lawan.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments