Sunday, September 22, 2024
HomeBREAKING NEWS4 ditahan menyamar pegawai kanan SPRM ambil rasuah

4 ditahan menyamar pegawai kanan SPRM ambil rasuah

SPRM menasihatkan orang ramai yang dihubungi mana-mana pihak memperkenalkan diri sebagai pegawai atau timbalan pendakwa rayanya supaya merujuk agensi anti-rasuah itu untuk mendapat pengesahan.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu yang didakwa menyamar sebagai pegawai kanannya untuk mengambil rasuah daripada pihak disiasat agensi itu bagi menyelesaikan kes.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata kes berkenaan terbongkar hasil kerjasama mangsa.

“SPRM menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan taktik yang digunakan suspek seumpama ini, iaitu mendakwa mengenali pegawai kanan SPRM, menunjukkan gambar bersama pegawai kanan SPRM, menunjukkan kad tertentu kononnya milik pegawai kanan SPRM dan timbalan pendakwa raya di SPRM serta gambar berada di premis dan program pencegahan SPRM.

“Sehubungan itu, orang ramai yang dihubungi oleh mana-mana pihak yang memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai SPRM atau Timbalan Pendakwa Raya bagi menyelesaikan sesuatu kes SPRM harus merujuk perkara tersebut kepada suruhanjaya terlebih dahulu untuk pengesahan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, SPRM tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan sewajarnya, jika mana-mana pegawainya turut terbabit.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments