Sunday, October 6, 2024
HomeBREAKING NEWSMasa depan bergantung pada kreativiti, kemahiran insaniah, kata ahli ekonomi

Masa depan bergantung pada kreativiti, kemahiran insaniah, kata ahli ekonomi

An economist says creativity and soft skills will be more in demand in future. (Gambar Facebook Sculture at Work)

PETALING JAYA: Fokus tidak mencukupi diberikan kepada kursus melibatkan seni, sains sosial dan kemanusiaan dalam pendidikan tinggi Malaysia, menurut seorang ahli ekonomi yang berkata kreativiti bakal menjadi sebahagian daripada masa depan pekerjaan.

Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata, terdapat penekanan berlebihan terhadap kursus seperti pengurusan dan perakaunan yang menyebabkan pengajian seni liberal diketepikan.

Memetik satu kajian tentang masa depan pekerjaan di Britain dan Amerika Syarikat, beliau berkata, hanya 26% potensi untuk peningkatan permintaan pekerjaan dalam perniagaan, pengurusan dan perakaunan.

Geoffrey Williams.

Sebaliknya, beliau berkata, terdapat 100% peluang untuk pekerjaan dalam penjagaan sosial, kesihatan dan kebajikan meningkat dalam permintaan, walaupun hanya 7% pelajar universiti swasta menceburi kerjaya itu.

Katanya, rutin dan tugas berulang kini dapat dilakukan dengan mudah melalui automasi dan mesin, tetapi kemahiran sosial, peribadi dan hubungan sesama individu antara kemampuan manusia yang sukar ditiru melalui teknologi.

“Kreativiti juga sesuatu yang wujud secara semula jadi dalam manusia, begitu juga kemampuan analisis kritikal, penilaian baik dan keseimbangan etika.

“Jadi, subjek yang membantu mengembangkan kemampuan kita untuk kemahiran ini – seperti seni, kemanusiaan dan sains sosial – mungkin lebih mendapat permintaan dalam persekitaran kerja masa depan,” katanya.

Paolo Casadio,

Paolo Casadio dari Universiti HELP berkata, mempromosikan pertumbuhan kemahiran terbabit dan bidang kajian adalah cara baik untuk ekonomi membangun bagi mendapat beberapa bentuk kelebihan berdaya saing.

Beliau mendapati ibu bapa Malaysia bimbang terhadap laluan kerjaya demikian, tetapi katanya, mereka perlu memahami pekerjaan dan kemahiran apa yang akan mendapat permintaan pada masa depan.

“Pekerjaan tradisional seperti perakaunan dan juga perubatan akan menjadi automatik dengan cepat, jadi gaji mungkin merosot dalam kerjaya ini. Lihat saja gaji ahli akademik yang turun secara mendadak dalam beberapa tahun ini.

“Mereka perlu berhenti melihat pendidikan dalam terma instrumental semata-mata dan membenarkan anak mereka memilih pengajian sendiri, memahami seni, kemanusiaan dan sains sosial lebih baik dalam mempersiapkan manusia untuk masa depan pekerjaan,” katanya kepada FMT.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments