Saturday, September 21, 2024
HomeBREAKING NEWSAdakah Zakir Naik terbabit dalam rancangan serangan pengganas di India, tanya Ahli...

Adakah Zakir Naik terbabit dalam rancangan serangan pengganas di India, tanya Ahli Parlimen DAP

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang Ramkarpal Singh menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan tindakan yang diambilnya susulan laporan media mengaitkan penceramah kontrovesi Zakir Naik kepada rancangan sekumpulan pelarian Rohingya melancarkan serangan pengganas di India.

Laporan akhbar India itu mendakwa serangan itu dirancang oleh sekumpulan pelarian Rohingya di Malaysia.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa India turut menyiasat sama ada Naik terbabit sama dengan rancangan kumpulan itu.

“Saya meminta penjelasan mengenai perkara ini dan juga apa peranan Naik. Adakah kerajaan Perikatan Nasional meneliti isu ini secara serius,” tanya Ramkarpal semasa perbahasan peruntukan belanjawan untuk KDN di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mendakwa ‘terkejut’ dengan kenyataan Ketua Polis Negara Hamid Bador bahawa beliau tida tahu mengenai kesahihan laporan media berkenaan.

“Ia (perancangan serangan) tentunya telah dibuat untuk sekian waktu,” kata Ramkarpal.

Semalam, akhbar The Times of India (TOI) melaporkan bahawa perisikan India mengesan rekod kewangan yang memberi petunjuk sebuah kumpulan pelarian Rohinga di Malaysia merancang melancarkan serangan pengganas di India.

Kumpulan itu dikatakan diketuai oleh seorang wanita.

Laporan itu menyebut bahawa pihak berkuasa India sedang menyiasat sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan Naik, berdasarkan transaksi kewangan yang dikesan.

Ramkarpal bertanya sama ada KDN akan menghantar pulang Naik yang mempunyai taraf bermastautin tetap di Malaysia.

Naik dikehendaki oleh pihak berkuasa India yang ingin menyoal beliau tentang dakwaan ekstremisme dan pengubahan wang, dakwaan yang dinafikan oleh Zakir.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments