Sunday, September 22, 2024
HomeBREAKING NEWS35 pekerja Hartalega sah dijangkiti Covid-19

35 pekerja Hartalega sah dijangkiti Covid-19

(Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Hartalega Holdings Bhd mengesahkan 35 pekerjanya dijangkiti COVID-19, dengan 20 daripadanya petugas pusat operasi syarikat itu di Bestari Jaya dan selainnya dari kompleks pembuatan sarung tangan di Sepang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Hartalega mengatakan bahawa pekerja yang terjejas kini menjalani rawatan di pusat kesihatan kerajaan.

Dalam pada itu, semua kontak mereka dalam 14 hari lalu telah dikenal pasti dan diletakkan di bawah kuarantin sebelum dibenarkan kembali bekerja.

Selanjutnya, Hartalega mengatakan operasi pembasmian kuman secara menyeluruh di kawasan berkenaan turut dilakukan.

Hartalega berkata sejumlah 8,772 kakitangannya telah menjalani ujian COVID-19, termasuk vendor luar seperti anggota keselamatan dan pengusaha kantin.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Kuan Mun Leong berkata pemantauan ketat itu membolehkan Hartalega mencatatkan kadar positif rendah iaitu hanya 0.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerjanya.

Beliau berkata pihaknya akan terus mengkaji cara memperbaiki langkah pencegahan COVID-19 dan sedang berusaha untuk melaksanakan ujian ‘Antigen Rapid Test’ secara berkala untuk semua pekerja.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments