Benda ghaib sememangnya wujud di alam nyata. Ia boleh timbul dengan pelbagai bentuk dan cara untuk ‘mengacau’ kita.
Jadi, mulalah timbul segala macam perasaan yang datang lebih-lebih lagi apabila kita duduk seorang diri di rumah.
Namun, siapa saja yang tidak cuak jika tiba-tiba benda bergerak sendiri di depan mata.
Begitulah pengalaman mistik yang telah dikongsikan oleh seorang wanita menerusi laman Twitternya yang membuatkan dia fobia dengan kejadian terbabit.
Gerak sendiri la weyyyyyy dump truck nii. Remote controller dia kami cari lama dah, sebabnya husband aku mls nk main, Dani biasala dpt benda baru dia dok suruh main tu la. Buat sendiri xmau. so hsband aku sorokkan, aku pn xtau kat mana controller dia. pic.twitter.com/UEEQ32jwhJ
— Leanna Jual Pavlova (@Leanna_AwangJoe) December 4, 2020
Disangka terduduk atas alat kawalan jauh trak mainan
Menerusi perkongsiannya, wanita yang dikenali sebagai Leanna ketika itu sedang bersendirian bersama bayinya di rumah kerana suami dan anak lelakinya keluar menghadiri majlis tahlil.
Namun, semasa sedang sibuk melipat baju di ruang tamu, salah satu mainan anak lelakinya bergerak sendiri dan membuatkan dia pelik.
Dia pada awalnya menyangka yang dia telah terduduk di atas alat kawalan jauh trak mainan berkenaan walaupun dia tahu remote trak itu telah lama hilang.
Dah gerak sendiri tu aku cm eh aku terduduk atas controller dia ka, rasa lama xnmpk dh. Siotla pastu makin menjadi jadi ye. Satu rumah dia gerak ye. Tapi mmg macam ada benda yg control ye. Time ni aku dah ready nak keluaq rumah dah haha cuakla wey dhla ada babyyy pic.twitter.com/bKAVSta0fL
— Leanna Jual Pavlova (@Leanna_AwangJoe) December 4, 2020
Ready nak keluar rumah bila tahu ada sesuatu yang tak kena
Setelah mencari alat kawalan jauh tersebut. di merata tempat, ternyata permainan itu bukan digerakkan menggunakan remote. Wanita berkenaan semakin cuak dan terus bersiap untuk keluar dari rumahnya itu.
Dia kemudiannya segera menghubungi suaminya untuk pulang ke rumah dengan segera sambil menunggu di luar rumah.
Tetapi apabila suaminya sampai, mainan tersebut berhenti dan tidak bergerak lagi.
Pastu, aku sarung baju apa semua yg sempat. aku dok kat pagar grill pintu rumah tu. Dia macam nak mai kat akula, tadi sikit sikit ja geraknya. Ni makin sakan la wey mentang aku takut kan. Adui. Lama ye dia gerak, aku dh call hsband dah suruh balik, dia tgh otw. pic.twitter.com/d6OjyojkYG
— Leanna Jual Pavlova (@Leanna_AwangJoe) December 4, 2020
Patutlah anak tak berani duduk ruang tamu seorang walaupun waktu pagi
Menurut Leanna lagi, pada mulanya dia pindah ke rumah itu tidak pernah mempunyai apa-apa masalah selama dua tahun.
Tetapi, sejak akhir-akhir ini anak lelakinya bernama Dani mula menunjukkan reaksi takut dan tidak berani duduk di ruang tamu seorang diri walaupun waktu itu adalah pagi.
Dani juga sehingga menangis dan menarik baju untuk menyuruhnya teman di ruang tamu.
Ustaz datang beri penjelasan, ada benda dalam rumah
Selepas berlaku kejadian misteri itu, Leanna dan suami telah menghubungi seorang ustaz untuk melihat keadaan rumah mereka.
“Ustaz cakap memang dia ada dah kat rumah ni penghuni asal ye, sebelum ni tak nak tunjuk diri sangat, semalam dia rasa nak buat nakal nak main”“Percayalah benda ghaib tu ada dimana mana sahaja, kebetulan kenakalan dia tu jadi kat aku thru remote control car”
“Ustaz kata dia ada je, kita orang je tak perasan. Semalam dia saja geram nak tunjuk dirilah,” katanya.
Dalam pada itu, warganet turut memberi reaksi seram mereka apabila melihat video tersebut
Aaaa, amik n simpan dumptruck dlm peti ais sis, bia hantu tu mati kali kedua sbb hypo
— noraariella (@noraariella) December 4, 2020
Meremang baii.. ishh
— a f n a n (@samurxii) December 4, 2020
Seram ya sis. Aku seram ni pukul 4.22pm terasa naik bulu roma k. Anjek ahh kacau mlm2 xmalam buta lagi. Kalau aku tu xsempat dah wei capai baju. Mmg keluaq mcm tu lantak la short ka singlet ka. . Dari start dia gerak sendiri tu aku dah lari. Dahlia jauh dak dari hg time tu?
— Fathiah (@fathiah_Ego7) December 4, 2020
Kalau mcm ni kan kak, akak angkat lori tu akak cabut tayar dgn bateri die kak. Tgk jauh mana skill pomen yg entiti tu ade. Tp kalau tetiba die pasang tayar lori tu balik, angkat tangkap pastu sewakan die dekat bengkel yg terdekat. Dpt income tepi
— common senses 101 (@commonsensespls) December 4, 2020
Selain truck tu,ternampak mainan dkt buaian (sorry taktahu panggil apa) tu bergerak sama. Memang mcm tu ke apa sis?
— . (@shaasulaiman) December 4, 2020
serammmnyaaa
— da di du (@_syazzzzz) December 4, 2020
Eloklah mintak ustaz datang tengok. Saya pun ada anak kecik. Kita takut nanti dia ajak main benda bukan2 pula. Semoga sis & family dilindungi Allah!
— Yayan Yaacob (@YayanYaacob) December 4, 2020
Kak sepatutnya kalau jd mcm ni try open ayat2 ruqyah dlm utube.. buka la tiap subuh & mghrib.. sya pernah kena juga.. mmg try buka ayat ruqyah.. ajaib sngt x de lg jdi mcm ni
— Derhaka Sejuk (@tweetskincare) December 4, 2020
Haih.. seram betul ni gerak sendiri tanpa remote!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!