Monday, September 23, 2024
HomeBREAKING NEWSSelalu tukar span cuci pinggan

Selalu tukar span cuci pinggan

Jangan guna span yang sama untuk membersihkan semua jenis kotoran. (Gambar Rawpixel)

Span pencuci pinggan sememangnya menyimpan banyak bakteria kerana selain tandas, dapur mengumpul paling banyak bakteria. Ia perlu ditukar tiga minggu sekali kerana penggunaan yang terlalu lama akan mengumpul pelbagai bakteria.

Merendam span di dalam air sabun, boleh menjadikan span lebih kotor dari tandas kerana kuman akan melekat pada span tersebut.

Ia boleh menyebabkan penyakit seperti cirit-cirit.

Berikut adalah tiga tips bagi membantu anda mengelakkan bakteria pada span.

1. Jangan guna span untuk semua kotoran

Gunakan span yang lain untuk membersihkan dinding. (Gambar Rawpixel)

Jangan guna span untuk menggosok sisa makanan yang sudah berbau, kotoran dari buah dan sayuran, atau kotoran dari haiwan peliharaan. Pendek kata, jangan guna span yang sama untuk semua jenis kotoran.

Gunakan span yang berbeza untuk setiap cucian seperti untuk mencuci pinggan mangkuk, membersihkan meja atau untuk mencuci kotoran lain.

Cuci tangan sebersihnya menggunakan sabun cuci tangan selepas menggunakan span.

2. Basuh atau keringkan

Cuci span setiap kali selepas digunakan. Ia boleh membantu mengurangkan sedikit kuman dari span.

Membersihkan span dalam microwave adalah cara paling efektif untuk membunuh bakteria. Namun, perlu diingat, span sintetis, logam dan yang kering mudah terbakar, jadi perhatikan suhunya.

Anda juga boleh mengering atau menjemur span selepas digunakan. Bakteria menyukai air dan tidak akan membiak dalam span kering.

3. Bersihkan atau sering tukar span

Walaupun sudah melakukan pencucian dan pengeringan, namun ia bukan hasil seratus peratus tiada bakteria pada span.

Bakteria dapat bertahan dan melindungi diri mereka dalam sisa makanan, oleh itu bakteria memang sukar untuk dibersihkan.

Maka, ganti span tiga minggu sekali atau apabila sudah terlalu kotor dan berbau.

Memang sukar untuk mencipta kebersihan di dalam rumah namun usaha yang sedikit ini mungkin dapat membantu mengelakkan keluarga tersayang dari serangan penyakit.

Paling penting, pilih pembersih dan span yang cepat kering serta mempunyai permukaan yang kecil untuk mengelakkan pengumpulan banyak bakteria.

Selain span, kain lap pinggan atau kain mengesat tangan juga harus sentiasa ditukar. Begitu juga dengan sikat rambut, tukar atau bersihkan selalu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments