PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengenalpasti enam kluster baharu membabitkan enam negeri iaitu Labuan, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, dan Pahang.
Kluster berkenaan adalah Kluster Hujung Pasir yang dikesan di Labuan; Kluster Lestari membabitkan Petaling, Hulu Langat, Klang dan Sepang di Selangor serta daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur.
Kluster berikutnya, Kluster Desa Idaman terlibat di daerah Kulai, Johor; Kluster Tapak Bina Rimbun di Seremban, Negeri Sembilan; Kluster Tanjung Suria dilapor di daerah Sepang, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor, Selangor; sementara Kluster Kuala di Kuantan Pahang.