PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, yang kini hamil anak kedua mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki.
Siti membuat pengumuman ini menerusi Kempen ‘Shoppee Live 12.12 Birthday Sale’ melalui dalam talian secara langsung dalam aplikasi beli-belah Shopee hari ini.
Suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 61, turut berada bersama.
Pengumuman istimewa Siti ini dibuat sejurus selepas meletupkan belon berwarna hitam.
Datuk K berkata, nama anak keduanya akan bermula dengan Muhammad diikuti dengan huruf A yang akan diumumkan nanti.
Kandungan Siti yang sudah lebih empat bulan ini, dijangka akan dilahirkan pada April tahun depan.
Siti yang pernah mengalami keguguran pada November 2015 mempunyai seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]