Sunday, November 24, 2024
HomeBREAKING NEWSKisah Putri Diana & gaun baldu

Kisah Putri Diana & gaun baldu

Puteri Diana sewaktu menari bersama John Travolta di majlis makan malam Ronald Reagan di rumah Putih. (Gambar Instagram)

Puteri Diana meninggal dalam kemalangan jalan raya yang tragis pada tahun 1997, ketika beliau berusia 36 tahun. Namun sehingga ke hari ini, cara hidupnya masih menjadi inspirasi kepada ramai orang dan menjadi tokoh ikonik sepanjang masa.

Dia bukan sahaja seorang wanita Inggeris yang cantik, baik dan pemalu tetapi, wajahnya yang jelita sentiasa menjadi rakaman pada lensa jurugambar.

Maka, di sepanjang penampilannya, Puteri Diana sentiasa kelihatan sempurna dan selalu tampil luar biasa.

Tahun 80an adalah masa kejayaan bagi beliau dan di waktu itu beliau pernah makan malam bersama beberapa selebriti terkenal dan tokoh politik terbesar di dunia.

Salah satu momen paling ikonik dalam hidup Puteri Diana ialah sewaktu dia menari bersama bintang Hollywood, John Travolta. Ianya berlaku pada tahun 1985 apabila Diana menerima undangan Presiden Ronald Reagan di rumah Putih.

Di situ, beliau bertemu dengan beberapa bintang filem masyhur, termasuk John Travolta, yang waktu itu popular setelah membintangi filem seperti “Grease” dan “Saturday Night Fever”.

John Travolta terkenal dengan gerakan tariannya, dan sewaktu lantai tari dibuka pada malam itu, semua mata tertumpu kepadanya.

Kemudian, Nancy Reagan mengisyaratkan kepada John bahawa Puteri Diana ingin berdansa bersamanya.

John kemudian mengundang sang Puteri, ke lantai tari untuk menari. Putri Diana mengangguk setuju, dan keduanya turun ke lantai, menari mengikuti ‘soundtrack’ “Saturday Night Fever”.

Gambar-gambar yang diambil sewaktu Puteri Diana menari bersama gaun hitam baldunya sangat menakjubkan dan ikonik.

Baru-baru ini, Eleri Lynn, petugas yang bertanggungjawab menjaga gaun yang dipakai Diana pada malam bersejarah itu menceritakan mengapa gaun tersebut sering menjadi perhatian sepanjang zaman.

Di dalam sebuah wawancara terbuka, Lynn membicarakan tentang cinta Puteri Diana terhadap gaun hitam yang dipakai sewaktu menari dengan John Travolta.

Gaun tersebut direka oleh Victor Edelstein untuk dipakai Diana ke acara-acara terkenal.

“Pada pendapat saya, Diana sering memakai gaun tersebut dan ia merupakan gaun kegemarannya,” ujar Lynn.

Menurutu Lynn lagi, gaun tersebut diperbuat daripada baldu sutera dan direka mengembang dari paras lutut ke bawah. Ia begitu kuat dan tahan dalam setiap ujian.

“Gaun itu bertahan dalam ujian waktu. Ia tidak ditelan zaman. Jika anda memakainya hari ini, rekaannya tidak lapuk malah, menjadi pakaian terbaik.” Jelas Lynn lagi.

Kini, gaun baldu hitam tersebut ditempatkan di Istana Kengsington.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments