Friday, September 20, 2024
HomeBREAKING NEWSKenapa perlu basuh sarung bantal dengan kerap?

Kenapa perlu basuh sarung bantal dengan kerap?

Mencuci sarung bantal dengan kerap, dapat membantu menghindarkan dari penyakit. (Gambar Rawpixel)

Berapa kerap anda perlu membasuh sarung bantal anda? Adakah sehingga ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan atau warna berubah sedikit demi sedikit?

Sebelum mengetahui berapa kerap anda perlu membasuh sarung tersebut, ambil tahu dahulu mengapa anda perlu membasuh sarung itu.

Terdapat beberapa sebab utama yang perlu anda tahu dan mungkin boleh mendorong anda untuk kerap membasuh sarung tersebut.

1. Tempat berkumpul minyak, kotoran dan peluh

Kesemua minyak, kotoran dan peluh pada sarung bantal anda berpunca daripada rambut dan leher anda. Sarung tersebut berfungsi ibarat pengelap kepada rambut anda, begitu juga kepada wajah anda.

Kesemua kotoran dan minyak yang terkumpul ini menyebabkan jerawat muncul dengan mudah selain menyebabkan blackhead.

2. Menyebabkan penyakit

Kajian menunjukkan bahawa 99% individu mempunyai alergen di dalam bilik tidur mereka seperti hama habuk. Manakala sebanyak 74.2% individu pula mempunyai antara 3 hingga 6 alergen dalam bilik tidur mereka.

Kesemua alergen ini menyebabkan alahan semakin memburuk selain penyakit-penyakit lain. Sekiranya tidak mencuci sarung bantal dengan kerap, anda akan mendedahkan diri kepada partikel halus yang boleh memasuki sistem pernafasan.

Ia bukan sahaja mengundang asma malah penyakit lain.

3. Tempat berkumpul kuman

Bakteria atau kuman yang terkumpul pada sarung tersebut, digabungkan dengan kurangnya penjagaan kesihatan diri, akan menyebabkan sistem imun anda terjejas.

Ini akan menyebabkan risiko penyakit seperti bronkitis dan penyakit lain yang disebabkan oleh kehadiran jangkitan bakteria.

Berapa kerap anda perlu cuci sarung bantal?

  • Kami menyarankan untuk anda mencuci sekerap yang boleh. Cuba untuk mencucinya setiap dua hari sekali, dan sekiranya tidak berkesempatan, anda boleh mencucinya seminggu sekali.
  • Anda juga disarankan untuk mencuci sarung bantal dengan menggunakan air panas sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Ini bertujuan untuk menyingkirkan alergen dan membunuh hama habuk.
  • Untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria anda boleh menggunakan sarung bantal yang diperbuat daripada sutera. Ini kerana bakteria tidak boleh hidup pada fabrik sutera.

Jangan tunggu sehingga sarung bantal anda berbau atau bertukar warna untuk mencucinya. Amalkan cucian berkala sekurang-kurangnya setiap minggu.

Kami tidak boleh bayangkan bagaimana seseorang individu itu tidur dengan bantal yang mempunyai sarung yang berbau. Jangan lupa juga untuk mencuci bantal anda dan menjemurnya di bawah terik matahari untuk membunuh kuman yang ada.

Cuba elakkan dari menjemurnya di hadapan rumah, risau jiran ternampak ‘peta dunia’ milik anda sekeluarga pada permukaan bantal.

Artikel ini telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments