Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, kenderaan seperti kereta memudahkan kita untuk bergerak ke mana-mana saja
Oleh itu, kita perlu menjaga kereta sebaik mungkin bagi mengelakkan berlakunya masalah yang tidak dingini
Tidak dapat dinafikan lagi, salah satu perkara yang ditakuti setiap kali memandu adalah apabila terjumpa haiwan yang tiba-tiba menumpang di dalam kereta. Memang seram bukan?
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila perkongsiannya di Twitter viral kerana dia tiba-tiba menjumpai titisan darah mengalir di bahagian enjin keretanya.
Lihat video penuh itu di bawah:
WELP. pic.twitter.com/0NvAxfrJhU
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Terkejut lihat darah menitik pada bahagian enjin kereta
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita yang dikenali sebagai Adila itu berkongsi detik cemasnya apabila dia terbau bangkai dan menunjukkan darah menitik dari enjin kereta miliknya.
Menurutnya, dia sudah tengok pada bahagian depan keretanya untuk memastikan sama ada dia terlanggar sesuatu, tetapi tiada apa-apa kesan. Dia kemudian menelefon beberapa orang untuk menerima bantuan.
Namun, alangkah terkejutnya dia apabila mendapat tahu rupa-rupanya darah yang menitik itu adalah bangkai ular sawa yang besar sehingga dia sendiri tidak sanggup melihat haiwan itu keluar dari keretanya.
Lihat penuh sambungan video itu di bawah:
TEASER//TW: Ular susah untuk dikeluarkan sebab ekor dia dah naik sampai dashboard. Habis depa kena bukak kereta aku. Aku cakap bukak lah apa pun, asalkan ular keluar. Nanti aku pi bengkel. pic.twitter.com/fvmSSIgOek
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
TW: Depa tak habis habis kata ni kalau makan kaki aku, senang senang ja ni. pic.twitter.com/eWbp52wY2o
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Terima kasih kepada minions saya, sebab tolong Adila malam ni. I’m really glad sebab selalu boleh count on you guys. Kesian memasing tak sempat makan makanan pasar malam panas panas. pic.twitter.com/yCnTuUThU7
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
TW: Finally. After almost three hours. pic.twitter.com/o3mWevIaYw
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
TW: Hagitchewww kejayaan. Hampir 3.6 meter panjang. Kau rasa??? pic.twitter.com/QxICTel3XT
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
“Darah masih menitik, baru mati je tu. Maknanya masa drive tadi dia masih hidup!” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut selepas melihat video tersebut.
Malah, ramai tidak menyangka bahawa darah yang menitik itu adalah ular sawa yang besar berada di keretanya. Ada juga yang merasa sangat takut selepas melihat insiden itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 279.8K views, 11K retweets dan 8,584 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Ya Allah ya tuhanku. I memang anti and geli ular. Seram la. Tak mampu tgk image and video. Baca je details. Alhamdulillah Allah protect u. Nasib baik la sedar. Take care ya
— syfqhomr (@pkaaaaa_) April 1, 2021
Darah masih menitik…baru mati je tu. Mknanye masa drive td die masih idup!
— Faiz Jibam (@FaizJibam) April 1, 2021
Ya Allah besar sangat tuuuuuuuuuu. Scary gila masha Allah
— ain • kayman kuala selangor (@yourskinpal_) April 1, 2021
Aku ingat kucing dah tadi..baca punya baca ular.. fiuhhhh..
— Puddin ™ (@sai4din) April 1, 2021
Weeeeiiiiiii…. mana mai ntah…. hang start xdak bunyi pelik la??? Risau lak aku. Rumah aku dah la sebelah hutan..
— Emkay A (@khairul_afzan) April 1, 2021
Wow I am so shocked that snake managed to get in your car like that! I hope you are okay
— Carolyn (@spicycaroll) April 1, 2021
Omg I accidentally opened gambar u dengan ular tu, mak aih terkejut I tengok dia. Dalam kereta pun boleh jadi tak selamat without noticing it. Hati-hati dan berjaga-jaga ye semua. Btw, bagus kawan-kawan u sis.
— teh_ais maneih (@fatihahanadia) April 1, 2021
Aduiiii tiba2 rasa insecure sis..kete kita kadang2 2,3 hari tak jalan sbb wfh duduk pulak Putrajaya kawasan agak berhutan haa
— zee_zirin (@ZeeZirin) April 1, 2021
wehhhhhhh seram bodo dahla selalu parking kadang kat tempat semak hmmm
— ackerman (@hnnhsfie) April 1, 2021
Ya allah kalau sayaaaa, dah tanak bawak keretaaaaa tu
— ZARZOU | FEVERGLAM GANU (@hanwilove) April 1, 2021
Serius rasa seram bila tengok benda-benda macam ni kalau terjadi sendiri dekat kita :/
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!