Site icon Malaysia now

Viral Budak ‘Melalak’ Order Beg Hello Kitty Secara Online, Tapi Lain Pula Yang Sampai

Zaman sekarang, ramai orang lebih suka membeli barang melalui online seperti Shopee dan Lazada

Hal ini kerana prosesnya yang mudah dan hanya di hujung jari saja. Malah ia lebih murah dan menjimatkan masa kerana segala urusan dibuat secara dalam talian.

Namun, bukan semua seller boleh dipercayai dan terdapat beberapa risiko yang perlu ditanggung seperti barang rosak, tidak sampai atau berbeza dengan apa yang diiklankan. Bak kata pepatah, indah khabar dari rupa.

Begitulah nasib yang dialami oleh seorang kanak-kanak perempuan ini apabila beberapa keping fotonya tular di laman Twitter beberapa hari lalu.

Menerusi ciapan tersebut, kelihatan kanak-kanak perempuan itu pada mulanya excited dapat barang yang dia order di Lazada, tetapi lain pula yang jadi bila barang yang sampai berbeza daripada apa yang diorder.

Lihat ciapan penuh di bawah:

Order beg Hello Kitty, tapi beg lain lain pula yang sampai

Image via @creepyposta (Twitter)

Berdasarkan foto-foto yang dimuat naik oleh pengguna Twitter bernama @creepyposta, kelihatan kanak-kanak itu menunjukkan reaksi sedih sebaik saja ibunya membuka parcel beg tersebut.

Akibat kecewa dengan situasi itu, dia kemudiannya menangis dan meraung apabila dia mendapati beg yang sampai lain dengan apa yang dibayangkan.

Image via @creepyposta (Twitter)

“Kecik-kecik dah kena scam” – Netizen

Susulan tularnya ciapan tersebut yang mendapat hampir 2,000 tanda suka dan 1,000 retweets di Twitter, rata-rata netizen turut bersimpati pada kanak-kanak perempuan itu dan ada yang dapat relate kerana pernah ditipu oleh online seller juga.

Walaupun nampak kelakar, tetapi ada yang berpendapat emosi kanak-kanak itu mungkin terganggu dan dia akan ingat peristiwa berkenaan sampai ke besar.

Antara komen menarik daripada netizen:

Image via @creepyposta (Twitter)

Image via @creepyposta (Twitter)

Image via @creepyposta (Twitter)

Image via @creepyposta (Twitter)

Image via @creepyposta (Twitter)

Image via @creepyposta (Twitter)

Image via @creepyposta (Twitter)

Image via @creepyposta (Twitter)

Image via @creepyposta (Twitter)

Image via @creepyposta (Twitter)

Image via @creepyposta (Twitter)

Image via @creepyposta (Twitter)

Bagi sesiapa yang menjual secara online tu, korang janganlah menipu customer macam ni. Kejujuran dalam berniaga tu penting ya, take note!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: