Site icon Malaysia now

[VIDEO] Walaupun Kerja ‘Warung’, Wanita Ini Mampu Hadiahkan Ibu Kejutan Bunga Duit RM3K

Ibu bapa adalah insan yang paling istimewa dalam hidup kita. Tanpa didikan dan jagaan mereka, kita tidak akan dapat jadi seperti hari ini.

Menggembirakan hati kedua ibu bapa memang menjadi tanggungjawab yang besar bagi seorang anak.

Namun, besarnya jasa ibu dan ayah memang tidak dapat dibalas sama sekali dengan apa pun.

Islam mewajibkan anak menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dengan amalan baik serta berbakti kepada mereka.

Sama seperti kisah yang tular di media sosial baru-baru ini mengenai seorang gadis yang memberikan kejutan istimewa kepada ibunya sehingga mengalirkan air mata.

Image via Mstar

Gigih menabung untuk beri kejutan bunga duit untuk ibu

Kejutan berupa bunga duit sememangnya sudah menjadi trend pada masa ini di mana duit akan diolah menjadi bentuk bunga mengikut jumlah yang ditetapkan oleh pelanggan.

Menurut sumber, wanita yang dikenali sebagai Nurhazreen itu memberitahu bunga duit itu merupakan jambangan yang menghimpunkan wang kertas berjumlah RM3,000.

Jelasnya, duit tersebut adalah hasil daripada tabungnya sejak Januari 2019 kerana dia berniat untuk memberi kejutan bunga duit itu kepada ibunya.


“Tapi dalam tabung hanya ada RM2,100. Saya cakap dalam hati kalau Allah izinkan saya bagi RM3,000, insya-Allah hajat itu akan ditunaikan”

“Saya dapat kumpul duit gaji saya lagi bagi mencukupkan jumlah RM3,000. Akhirnya dapat betul-betul bagi mak RM3,000,” katanya.

Image via @royalgift_my (Instagram)

Sedang bekerja di warung masa pada hari kejutan untuk ibu itu dibuat

Tambah Nurhazreen lagi, dia hanya belajar setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja dan sekarang ini dia bekerja di warung ibunya bersama.

Dia juga sedang bekerja di warung pada hari kejutan dibuat, tetapi memberi alasan kepada ibunya untuk pulang awal kerana urusan lain.


“Saya pun menangis bila tengok video yang dibuat oleh pihak yang menghantar bunga duit itu. Saya sebak tengok mak menangis”

“Tapi pada masa yang sama, rasa gembira juga sebab berjaya surprise kan mak,” katanya.

Semoga kita semua pun diberikan peluang untuk memberi kejutan macam ni untuk ibu bapa kita 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: