Pekerjaan sebagai seorang peniaga sememangnya memerlukan komitmen yang penuh dalam menguruskannya
Mana tidaknya, kebiasaanya keuntungan hasil perniagaan terletak pada cara bagaimana kita mempromosikan barangan itu dan kerajinan kita.
Jadi tidak hairanlah kalau ramai peniaga hari ini banyak menghabiskan masa mereka dengan membuat bisnes bagi mendapatkan hasil yang banyak.
Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang peniaga bundle tertidur semasa sedang membuat Facebook live mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
orang cari rezeki penat siapa tahu, moga murah rezeki brother ni tapi aku tergelak kecik juga view 1k hahaha pic.twitter.com/KI6zESEawO
— ++ (@1mrn23) March 4, 2021
Tak sedar tertidur masa tengah buat live sampai berdengkur
Menerusi video tersebut, difahamkan lelaki itu membuka perniagaan dengan menjual baju bundle. Kelihatan semasa itu dia sedang membuat Facebook live bagi menjual bajunya itu.
Tetapi, semasa sedang menjual dia tiba-tiba tertidur di atas kerusi dengan rakaman live masih terbuka. Bukan itu saja, dia juga kelihatan sangat penat sehingga berdengkur semasa tidur.
Dikatakan pada awalnya view hanya ada dalam 20 orang saja sebelum dia tidur. Namun, angka berkenaan terus meningkat sehingga seribu lebih berkemungkinan dikongsi oleh rakan-rakan di Facebooknya.
“Ya Allah penat sangat abang tu nampaknya” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur menyaksikan gelagat lelaki tersebut.
Malah, ada juga yang kasihan padanya dan dapat merasai kepenatan itu sebagai seorang peniaga. Ada juga yang mendoakannya agar dimurahkan rezeki lebih.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 80.1K views, 2,478 retweets dan 2,119 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Tak dinafikan… aku penat bila buat live jual baju. Lagi lagi kalau takde view takde comment. Ya Allah rasa nak nangis pon ada em
— ih (@ezz_fitri) March 10, 2021
Pecah aku dgn komen ‘bang bunyi tu pelan2 sikit nanti jpj saman’
— Nurfarhanim Zalani (@shababmumtaz93) March 10, 2021
Hahaha taki , tp dia mmg slalu tlelap mse live . Mse sbelum tidur dlm 20 org je live , member bangun2 sribu lebih trus viewers
— MF x AH (@faizkyle92) March 10, 2021
mesti penat la haha view tinggi pun dia tibai tidur
— ++ (@1mrn23) March 4, 2021
yaAllah penat sangat abang tu nampaknya
— wina (@syazwina__) March 10, 2021
Been there done that. Penat ya live lagi2 takde sape nk borak. Ibarat org gila ckp sorg2
— YOUNG LIVING TASHA (@SashaAzman) March 11, 2021
sorry tergelak sbb first time tgok ni semoga murah rezeki
— Wanlqmn (@Luqmanhasif2) March 10, 2021
Soalan : abang ni dah bangun ke belum?
— . (@Atqhanuar) March 10, 2021
Serius wei,berdosa ke kalau tergelak ni??
— لقمان زهاري (@lukmanzahari_) March 11, 2021
Kesian pula tengok abang tu, yelah kan berniaga memang penat. Semoga dimurahkan rezeki ya 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!