Site icon Malaysia now

[VIDEO] Tengku Permaisuri Selangor Curi Tumpuan Warganet, Buat ‘Comeback’ Baca Berita RTM

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membuat ‘kemunculan istimewa’ di slot Berita Perdana Khas pukul 8 malam semalam di saluran TV1, RTM

Ianya sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-75. Baginda tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita terbabit menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.

Penerbit Berita Perdana Khas Khairul Azli Rahim berkata, beliau berasa sangat berbesar hati dan teruja kerana Tengku Permaisuri Selangor berkenan untuk menyampaikan berita yang disunting olehnya.

“Ini kemunculan kali pertama baginda di kaca tv selepas ditabalkan menjadikan Permaisuri Selangor selepas lima tahun lalu.

“Saya mewakili pihak produksi dan kru penerbitan berita RTM mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian baginda meluangkan masa untuk menyampaikan berita kami hari ini,” katanya.

Kali terakhir baginda tampil sebagai pembaca berita adalah pada 31 Ogos 2016 lalu

Tonton video penuh Tengku Permaisuri Selangor membaca Berita Perdana Khas sempena Hari Ulang Tahun RTM Ke-75 di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: