Tahun 2020 semakin hampir ke penghujung dan bakal melabuhkan tirainya. Tetapi, penularan wabak Covid-19 masih boleh belum dihapuskan
Malah, keadaan kini menjadi semakin membimbangkan kerana kes peningkatan yang naik secara mendadak di kawasan-kawasan yang tertentu.
Disebabkan itu, ramai individu yang hadir dengan rasa tanggungjawab untuk menjalankan ujian saringan walaupun ada yang merasa takut pada mulanya.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di aplikasi TikTok apabila ia memaparkan rakaman lucu seorang gadis ketika menjalani ujian swab test.
Image via Code Blue
Takut nak buat swab test sampai terpegang benda tak sepatutnya
Menerusi rakaman video itu, gadis berkenaan dilihat berada dalam keadaan risau ketika mahu melakukan swab test tersebut.
Walaupun dia sudah beberapa kali cuba ditenangkan, namun gadis terbabit tetap merasa ketakutan sehingga tanggannya merayap dan terpegang sut frontliner yang bertugas.
@sarahnadira01
Merasa sangat takut kerana pertama kali buat swab test, nasib baik ada petugas perempuan yang baik dan penyabar
@sarahnadira01 Ini part II nya Alhamdulillah ternyata tidak mengerikan yang dibayangkan, gak ada rasa sakit sama sekali dan hasil nya Alhamdulillah negatif
Susulan daripada itu, gadis berkenaan tampil memberikan penjelasan sebenar terhadap video tular itu.
Dia kemudian memberitahu bahawa bukan mudah untuk melenyapkan perasaan gementar yang berada dalam dirinya memandangkan ini adalah pertama kali melakukan swab test.
Namun, realitinya tidaklah terlalu sakit seperti yang digambarkan oleh gadis itu. Malah, dia juga berterima kasih kepada petugas wanita tersebut kerana bersabar melayan karenahnya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang memberikan pendapat masing-masing
Mesti orang yang first time nak buat swab test pun akan rasa pengalaman yang sama kan?
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!