Site icon Malaysia now

[VIDEO] Realiti Sebenar Jadi ‘Raja Sehari’, Pengantin Ini Penat Sampai Tidur Ternganga

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menjadi raja sehari adalah saat paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang mahu berkahwin

Tetapi, ia sememangnya penat kerana pengantin perlu bangun awal pagi dan bersiap untuk majlis resepsi dari tengah hari hinggalah ke petang.

Bukan itu saja, selepas selesai majlis resepsi, sambung pula dengan outdoor photoshoot. Itu belum masuk bab kena cuci periuk belanga dekat dapur lepas balik dari bergambar. Memang penat tak terkatalah.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila gelagat sepasang pengantin baru kepenatan di hari persandingan mereka sehingga tidur ternganga mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@sofeasofea_

##fyp

Salah Benar – 3 Composers & Rizky Billar

Baru terasa penat lepas semua tetamu balik sampai tertidur di pelamin

Menerusi perkongsian video daripada pengantin perempuan yang bernama Sofea, dia berkongsi perasaan terujanya sebelum ini dan seronok setiap kali nampak orang lain naik pelamin.

Namun, ternyata dia salah dan rupa-rupanya tidak menyangka menjadi raja sehari adalah sangat memenatkan.

Kelihatan dia dan suaminya tertidur beberapa kali di pelamin sebaik saja tetamu mereka sudah beransur pulang akibat keletihan.

Image via @sofeasofea_ (TikTok)

Image via @sofeasofea_ (TikTok)

“Betul, memang penat. Tapi itulah makan pun sikit je tak dan nak makan semua” – Netizen

Video Sofea tular sehingga mendapat 174.1K views, 18.3K likes serta 319 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai video tersebut.

Ramai yang bersetuju menjadi raja sehari sememangnya sangat memenatkan kerana perlu maintain senyum untuk bergambar dengan tetamu walaupun sudah hilang tenaga.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @sofeasofea_ (TikTok)

Image via @sofeasofea_ (TikTok)

Image via @sofeasofea_ (TikTok)

Image via @sofeasofea_ (TikTok)

Image via @sofeasofea_ (TikTok)

Image via @sofeasofea_ (TikTok)

Image via @sofeasofea_ (TikTok)

Image via @sofeasofea_ (TikTok)

Mesti ramai pengantin boleh relate dengan video ni juga kan? 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: