Site icon Malaysia now

[VIDEO] Pilih Pakaian Tanpa Melihat, Aksi Fashion Show Geng Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui sekarang kita semua berada dalam total lockdown yang menyebabkan kita semua tidak dibenarkan keluar rumah

Disebabkan itu, semua digalakkan untuk melakukan kerja hanya dari rumah. Bagi golongan pelajar pula, mereka perlu menjalani kelas secara online saja.

Namun, pasti keadaan ini akan menyebabkan ramai yang bosan dan tidak tahu mahu melakukan apa di rumah bukan?

Seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila aksi sekumpulan lelaki melakukan pertunjukan fesyen mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Aku terhibur pic.twitter.com/HeWoThq55v

— farhana (@eneffeff) June 7, 2021

Random pilih pakaian tanpa melihat dan buat pertunjukan fesyen

Menerusi video perkongsian oleh @eneffeff, kelihatan seorang lelaki perlu duduk di atas sofa secara bergilir-gilir sambil beberapa orang lagi memegang pakaian dan objek yang perlu dipilih tanpa melihat ke belakang.

Selepas habis memilih objek dan pakaian berkenaan, mereka akhirnya muncul dengan satu idea dengan melakukan pertunjukan fesyen.

Apa yang lebih menghiburkan adalah, mereka perlu menggunakan semua barangan yang dipilih tadi untuk dijadikan sebagai konsep pertunjukan fesyen mereka itu. Ternyata mereka semua kelihatan sangat bersahaja kerana semua barangan diletakkan secara kreatif!

Image via @eneffeff (Twitter)

Image via @eneffeff (Twitter)

“Yang pakai topi cendawan tu macam hokage sia” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat aksi mereka itu. Malah, ada juga yang menyamakan mereka seperti pakaian dalam cerita animasi popular, Naruto.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 276.9K views, 13.8K retweets dan 17.6K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Aku tengah videocall bakal mak mertua aku tau, terkembang kembang hidung aku tahan gelak. Hanat tol lah

— . (@0330now_) June 8, 2021

Kemain yg no 2 catwalk, persis model antarabangsa sangat

— milo_mee (@milomilomee) June 8, 2021

y last skali tu knp nak kena hentak kaki, igt tgh kawad ke

— Nur (@mumtazrahman_) June 8, 2021

Yang pakai topi cendawan tu macam hokage sia

— Climbing Poctople (@AriffNadzarudd2) June 8, 2021

Hahaha tpi outfit nmpak cm ons??! Like not weird at all I’ve seen worse

— Suri Lisa (@suri_lisa) June 8, 2021

Weird but the fashion is…….. Not bad. I mean, if you can wear a tudung saji with confidence, nothing can stop you

— Nj. (@iamnajiha) June 8, 2021

yang lagi lawaknya enn, dorang pakai nampak swag doo

— farhana (@nikfrhnaa) June 8, 2021

cilaka ni team mortal kombat ke

— amal. (@_am4l) June 8, 2021

Yang tudung saji tu cool gila, yang second guy punya perform dah macam Victoria secret fashion show

— Beifong (@qilmbyai) June 8, 2021

The one with tudung saji, I mean that’s fashiun

— Suri Lisa (@suri_lisa) June 8, 2021

Kreatif betul semua gunakan barangan yang dipilih ya! 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: