Site icon Malaysia now

[VIDEO] “Malu Tapi Mahu” – Anak Bagi Ayah Kasut Mahal, Tak Pasal Kena Bebel Suruh Berjimat

Sebagai seorang anak, pastinya kita ingin menggembirakan hati orang tua kita dengan membalas jasa mereka yang tidak ternilai

Ibu bapalah yang orang yang sanggup berkorban apa saja untuk anak-anak tersayang demi memastikan hidup mereka tidak susah.

Jadi, apa salahnya anak-anak pula membalas jasa ibu bapa apabila sudah besar dan mempunyai duit sendiri bukan? 

Namun, tular di laman Twitter baru-baru ini mengenai reaksi seorang bapa yang menerima hadiah kasut daripada anaknya.

Video itu mendapat perhatian netizen apabila si anak dibebel oleh ayahnya selepas menghadiahkan sepasang kasut baru.

Lihat video tersebut di bawah:

Membebel bila anak bagi kasut mahal, tapi last-last cakap terima kasih juga

Menerusi video perkongsian daripada gadis yang bernama Sue, dia telah membuat kejutan kepada ayahnya dengan memberi sepasang kasut jenama yang terkenal.

Tetapi lain pula jadi apabila Sue dibebel panjang kerana menurut ayahnya, pembelian kasut mahal itu adalah satu pembaziran. Ayahnya sempat berpesan kepada Sue untuk berjimat cermat. Dalam masa yang sama, tangannya masih tidak berhenti membelek kasut baru itu.

“Beli apa pulak ni. Orang kata jimat duit, jimat duit. Beli hat nu, beli hat ni. Beli tak berhenti-henti. Ni bukan benda murah. Apa pun terima kasih la beli jugak,” kata ayahnya.

“Ayah, orang yang paling banyak tipu pasal perasaan dia. Haha” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berdurasi 25 saat itu telah berjaya mendapat 156,800 views dan 8,300 likes di Twitter.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat spontan ayah Sue yang dari luaran nampak tegas dan garang, namun dalam hatinya mesti berbunga kerana dapat kasut baru.

Mereka juga berpendapat bahawa kebanyakan bapa memang berperangai sebegitu dan tidak mahu menunjukkan perasaan sebenar mereka apabila mendapat hadiah daripada anak-anak kerana ego.

Baca komen dan perkongsian menarik daripada netizen di bawah:

Image via @_sueeeeeee (Twitter)

Image via @_sueeeeeee (Twitter)

Image via @_sueeeeeee (Twitter)

Image via @_sueeeeeee (Twitter)

Image via @_sueeeeeee (Twitter)

Image via @_sueeeeeee (Twitter)

Image via @_sueeeeeee (Twitter)

Image via @_sueeeeeee (Twitter)

Image via @_sueeeeeee (Twitter)

Image via @_sueeeeeee (Twitter)

Image via @_sueeeeeee (Twitter)

Image via @_sueeeeeee (Twitter)

Pak cik tu nampak je marah tapi dalam hati suka sebenarnya 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: